Ahad, 28 Oktober 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Polis cari saksi kes dadah | Malaysia Zoom

Posted: 26 Oct 2012 04:11 PM PDT

KUANTAN 26 Okt. — Polis sedang menjejaki seorang wanita yang perlu hadir sebagai saksi pada perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, Safiah Muhamad, 38, beralamat terakhir di 439 Felda Bukit Kuantan dinamakan sebagai saksi pendakwaan dalam kes pengedaran dadah membabitkan seorang lelaki.

Wanita itu turut ditahan bersama lelaki terbabit pada 29 Julai lepas dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 23 Jalan Jerangau-Jabor, namun dibebaskan kemudian, katanya di sini.

Wanita itu kini tidak dapat dikesan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi balai polis berdekatan, katanya.

— BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads