ads

Sabtu, 6 Oktober 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


teganuku: Dua Peniaga Kerugian RM80,000 Dalam Kebakaran <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2012 09:40 AM PDT

Dua peniaga di bangunan kedai Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerugian hampir RM80,000 dalam satu kebakaran di Felda Mengkawang, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Pegawai Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohamad Harun yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata bangunan berkenaan merupakan deretan kedai tiga pintu di mana dua buah daripadanya musnah sama sekali sementara satu lagi dapat diselamatkan.


"Semua peralatan dalam kedua-dua buah kedai termasuk struktur bangunan musnah dijilat api," katanya.

Menurut Muhamad, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi dan ketika pasukan bomba dari Kuala Berang dan Wakaf Tapai, Marang, tiba di lokasi, api sedang marak yang dapat dapat dipadamkan lebih satu jam kemudian.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved