Selasa, 23 Oktober 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


17 Jul 12 : Lawatan BAKAT Institut Latihan Tentera Udara (ITU) Ke <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 07:09 AM PDT

IPOH, 16 Jul 12 – Program lawatan BAKAT Institut Latihan Tentera Udara (ITU) ke Pangkalan Udara Gong Kedak yang dianjurkan oleh BAKAT ITU telah dilaksanakan pada 13 hingga 15 Julai 12 yang lalu. Menurut Pengerusi BAKAT ITU Puan Azizah bt Hussin, tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim di antara anggota BAKAT ITU dan BAKAT PU Gong Kedak. Sepanjang 2 hari lawatan diadakan, BAKAT ITU telah diberi peluang untuk melawat tempat menarik di sekitar Terengganu dan Kelantan. Di antara tempat menarik yang dilawati adalah di Pusat Tamadun Islam di Kuala Terengganu dan Rantau Panjang di Kelantan.

Bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Pangkalan Udara Gong Kedak dari segi penginapan dan sajian amat dihargai. Terima kasih kepada Komander Pangkalan Udara Gong Kedak dan seluruh warga PU Gong Kedak terutama ahli BAKAT PU Gong Kedak yang membantu menjayakan program lawatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads