Selasa, 23 Oktober 2012

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Alhamdulillah, Tamat Sudah Diplomaku <b>Di</b> UiTM <b>Dungun</b> :) | Mysara <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2012 08:00 PM PDT

 Assalamualaikum

This entry dedicated special from bottom of my heart to all my course mate, Diploma in Public Administration, UiTM Dungun, Intake July 2010 especially for my class mate :')

Susah aku nak tuliskan dan gambarkan perasaan aku di sini, melalui kata-kata. Susah sangat sebab aku sendiri dapat rasa, ada satu bond yang terikat antara kita, yang semakin hari, semakin mengikat kuat antara kita, tak kisah lelaki atau perempuan which is we called it as siblings

Ya. Kita berkenalan dalam dua tahun setengah je tapi kita punya ikatan tu kukuh dan kuat. Tak ada dah isitilah, aku aku, engkau engkau. Semuanya sama je. Susah senang bersama, baik dari segi kalau ada masalah kewangan ker, masalah peribadi ker, masalah dalam pelajaran apa tah lagi. Tak adanya nak kedekut sebab kita semua sama sahaja

Jujur aku cakap, being with you all membuatkan aku betul-betul menjadi diri sendiri tanpa ada satu pun perasaan hiprokrit. Ya, korang pun mesti tahu kan yang selama ni aku macam terpaksa menipu diri sendiri dengan menjadi orang lain tapi bila dengan korang, aku jadi truly 100% me :)

Aku masih ingat lagi kita semua, budak part 1 ketika itu berkumpul dekat Dewan Cemara for our 1st meeting. Ingat lagi tak? Masa tu yang kena panggil dekat depan Adib Anuar. HAHA :D Aku ingat lagi weh! Aku ingat lagi!

Then selepas itu pun kita disusuli dengan perkenalan. Dari kawan satu kelas, kita pun dah mula kenal ke budak-budak yang lain kelas dari kita. Slowly, kita start bond into chemistry. Tak percaya, masa part 2 lagi best! Kita satu batch, lelaki dan perempuan dapat duduk satu kolej yang mostly semuanya dapat satu level! Budak lelaki DPA Kolej Tenggol satu level, budak perempuan DPA Kolej Perhentian satu level :)

Naik part 3, chemistry kita jadi lagiiiiiiiiiiiii rapat sebab masa tu, kita satu batch bertungkus lumus untuk organize dinner fakulti yang pada pendapat aku, dinner tu sangat-sangat berjaya dan kejayaan dinner tue takkan terjadi tanpa ada kita semua yang bekerjasama. Tambah manis pulak, dinner kita tu lecturer bagi thumbs up dan senior cakap memang best. Aku rasa we make a good and perfect team at that time :')

Naik part 4, kita dah mula rasa macam adik beradik yang baru nak berbaik selepas bergaduh. HAHA :D Masing-masing dah mula nak kenal, lepak sama-sama. Yang couple dengan satu batch dan satu kelas pun ada masa nie! Tapi kawan tetap kawan. Kalau dah terjumpa dekat cafe, memang hai hai lah memasing. Tak pun saling bertukar senyum :) Kadang-kadang ada yang dah nak balik bilik dah tapi bila jumpa member, eh eh sanggup tau berpatah balik dan duduk sekali dengan member, sambung borak! Hehe yang tu aku lah tue :p

Dan yang paling best, aku rasa macam happy sangat-sangat bila ada budak kos lain cakap "Korang budak  DPA nampak macam selalu together je, united. Even lain-lain kelas pun, korang still boleh kenal dan lepak sama-sama" THIS! Aku rasa happy sangat-sangat :) 

Dan yang paling best, ada sorang budak kos lain jugak cakap "Korang budak DPA ni memang jenis kecoh dan bising eyh?" HAHA :D Aku just anggukkan kepala je sebab memang betul pun! Kitorang kalau dah berkumpul, tak kisah lah satu kelas ke, bergabung ke, memang bising dan kecoh dan suka buat benda yang mengarut-ngarut HAHA :D

Naik part 5, dah tak payah nak cakap sebab masing-masing dah dapat rasa yang kita ni memang adik beradik. Tak kiralah kawan satu kelas ke, tak satu kelas, sama je :) Kalau time waktu gabung kelas dalam Dewan Anggerik atau Dewan Bakawali, maka akan terjadilah huahuahuahuahuhuahuaa yang sangat-sangat bingit! Masing-masing kalau dah dapat jumpa, tak menang tangan nak melayan yang mana satu HAHA :D

Tapi sebenarnya kan, gelak ketawa kita tu sebenarnya mengundang duka dalam hati kita ni sebab sebenarnya kita tahu, lepas nie kita akan berpisah dan perpisahan itu benar-benar terjadi tanggal 18 Oktober 2012 baru-baru ni. Selepas paper LG, masing-masing masih tak balik sebab nak berjumpa dengan kawan-kawan kita buat kali terakhir sebelum berpisah. Saling bertukar salam, saling bermaaf-maafan, saling bertukar pelukan.

Sebak di dada bila berpisah dengan kawan-kawan yang menjadi teman kita ketika susah dan senang. Sebak di dada bila kita fikir kita akan tinggalkan Dungun, bandar terpencil di Terengganu yang pasti memberi 1001 kenangan pahit manis suka duka kepada kita. Sebak di dada bila kita berfikir yang selepas ni, dah susah dah kita semua nak berkumpul macam nie. Sebak kan?

Kawan-kawan, di sini, aku nak mintak maaf sangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah dan silap dari aku, tak kisahlah yang sengaja atau tersengaja. Yang buruk tu datang dari aku dan yang baik tu datang dari Allah swt. Setiap manusia ada salah dan silap dan termasuk jugak dengan aku. Maka aku pohon maafkan lah aku. Halalkan segala-galanya dan kalau ada apa-apa, mohon boleh beritahu aku

Aku juga maafkan korang. Yang lepas tu, aku dah tak nak ingat dah. Biarlah ~ Jadikan yang lepas tu sebagai pengajaran dan kenangan kita bersama. Yang penting, macamana kita nak hadapi masa depan kita nanti, dengan ilmu dan pengetahuan yang kita ada dan dapat semasa di Dungun

Kepada semua lecturer-lecturerku dari Part 1 sampailah ke Part 5, terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dicurahkan, tunjuk ajar, nasihat dan teguran yang diberikan. Insyallah aku akan semat dalam hati dan akan jadikan ianya sebagai bekalan pada masa depan. Harap Sir/Madam/Miss akan halalkan semuanya dan maafkan kesalahan saya. Ye ~ saya tahu saya ni bising dan banyak mulut dalam kelas. Maafkan saya :)

Guys, even though kita dah tak mungkin bersama macam dulu-dulu, dah berpisah berjuta-juta kilometer, dah tak satu kelas macam dulu, dah tak satu kolej, dah tak boleh nak duduk lepak, tapi aku harap persahabatan yang kita bina ni tak kan tamat disini je. Ingat, perpisahan itu bukan petanda kepada jaraknya hubungan antara kita semua

Biarlah masing-masing dah jauh, jangan persahabatan yang kita bina selama dua tahun setengah ni, akan terkubur dan terhenti macam tu sahaja. Biarkan ianya berterusan sampai ke akhir nafas kita. Ada masalah, boleh kita sama-sama kongsi. Biarlah jauh pun tapi biar kita tahu yang masih ada kawan-kawan kita yang lain lagi yang masih berada di sisi kita, memberi semangat kepada kita

Terima kasih atas segala-galanya. Tunjuk ajar, gelak ketawa, bahu yang dipinjamkan untuk aku, telinga yang mendengar masalahku dan bebelanku, tangan yang menghulurkan bantuan ketika aku perlukan, tenaga, wang, masa, teguran dan nasihat dan yang penting, terima kasih untuk persahabatan yang aku kira paling manis dalam hidup aku. Terima kasih untuk segala-galanya :')

I'm gonna miss you all, seriously! Maaf sekali lagi aku pohon.

YOU ALL ARE THE BEST! :'D


LIKE kalau happy :) COMMENT kalau gelak :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads