ads

Sabtu, 15 September 2012

13 di pulau bidong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Nelayan Terkejut Temui Tengkorak Manusia <b>Di Pulau Bidong</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2012 05:18 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 5 Julai (Bernama)– Dua orang nelayan yang sedang mencari rotan atas bukit di Pulau Bidong, Setiu terkejut bila menemui tengkorak manusia di kawasan peninggalan pelarian Vietnam, pagi Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata, dua sahabat yang berusia 36 dan 37 tahun itu segera memaklumkan perkara berkenaan kepada pegawai Stesen Penyelidikan Pulau Bidong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ketika itu sedang melakukan aktiviti di tapak berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Khamis, Manoharan berkata tengkorak itu ditemui berhampiran kubur kem pelarian Vietnam; bagaimanapun pihaknya gagal menemui cebisan rangka yang lain.

Siasatan awal mendapati tengkorak itu milik seorang lelaki berusia sekitar 18 tahun.

"Hasil pemeriksaan terhadap tengkorak itu tidak mendapati apa-apa kesan seperti cedera, tembakan atau sebagainya namun kita telah menghantar tengkorak tersebut ke Unit Ontologi Hospital Kuantan.

– BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved