ads

Sabtu, 15 September 2012

13 di kerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Makan malam <b>di Kerteh</b> - Sop Nama Saya | SOP.NAME.MY

Posted: 13 Sep 2012 08:09 AM PDT

Selamat malam semua. Sudah makan?

Sop masih dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dan sekarang singgah di Kerteh untuk makan malam. Sebenarnya hujan lebat, tadi singgah di stesyen minyak. Kemudian nampak kedai makan di depanya, terus ke kedai tersebut.

Sementara menanti hujan berhenti, baik makan dahulu bukan?

Tadi telah nampak langit gelap gulita dari Kemaman lagi. Masa tu berharap sangat jangan hujan lagi sehingga Sop sampai ke Kuala Terengganu. Namun tidak jauh, di Kerteh hujan turun dengan lebatnya. Jika dilihat kepada keadaan, mesti lama hujan ini. Kalau begini keadaannya, jam berapa boleh sampai? Hehehe

Mencabar sungguh perjalanan ini kerana telah berapa kali ditimpa hujan. Belum lagi baju kering, hujan lagi. Ada juga yang kena tidur di Kerteh nih! Hehehe

Hendak blogwalking, network hanya gprs. Ok juga sekarang ini talian U Mobile kerana telah ada gprs di semua tempat. Ini bermakna Sop sentiasa dihubungkan dengan internet. Berbeza sebelum ini, U Mobile hanya ada 3g sahaja. Jika tiada 3g di kawasan tersebut, bermakna tiada internet. Naik taraf yang baik oleh U Mobile. Tidak kesah walaupun perlahan kerana sekurang-kurangnya ada juga internet. Lebih baik dari tiada bukan?

Semoga hujan cepat berhenti dan Sop boleh meneruskan perjalanan :)

Description: Makan malam di Kerteh, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Makan malam di Kerteh

teganuku: PM Dijangka Rasmi Kompleks Bioteknologi <b>Di Kerteh</b>

Posted: 12 Sep 2012 06:12 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan merasmikan majlis pecah tanah tapak pembinaan Kompleks Bioteknologi Arkema di Kerteh, Kemaman pada 6 Oktober depan.

"Kompleks yang bernilai RM2 bilion itu dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari Perancis dan Korea," kata Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Pesara-pesara Kerajaan di Wisma Darul Iman semalam (12 September).

Sebelum ini Perdana Menteri membuat pengumuman tentang pelaburan penting Perancis-Korea ini untuk pembangunan kilang bioteknologi yang menghasilkan L-methionine melalui fermentasi.

Kilang pertama seumpamanya di dunia itu penghasilan asid amino (untuk makanan haiwan ternakan) melalui bioteknologi bakal membolehkan Arkema anak syarikat Total untuk kimia, mengukuhkan kehadirannya di Malaysia (di mana ia telah mempunyai sebuah kilang, Cray Valley, yang menghasilkan resin di Johor Bahru) dan Asia (pusat-pusat pengeluaran di Singapura, Vietnam, China dan Jepun).

Pemilihan Malaysia (Terengganu) berbanding Thailand atau negara-negara lain di rantau ini adalah kerana insentif yang kompetitif yang ditawarkan oleh negara dan pengkhususan Pembangunan Koridor Wilayah Timur untuk petrokimia dan bahan kimia tulen.

Arkema merancang untuk membangunkan platform baru Asia untuk thio (kimia sebatian sulfur) pada masa akan datang.

Hadir sama pada majlis sambutan Hari Raya semalam ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Noorbahari Baharuddin; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr Haji A. Rahman Mokhtar; Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Pengerusi KUPKKM Terengganu Dato' Haji Muhatar Abdullah.

Teganukita

PM dijangka rasmi kompleks bioteknologi <b>di Kerteh</b> - TEGANUKI TA

Posted: 12 Sep 2012 02:32 AM PDT

Oleh; Esah Abdullah
Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan merasmikan majlis pecah tanah tapak pembinaan Kompleks Bioteknologi Arkema di Kerteh, Kemaman pada 6 Oktober depan.

"Kompleks yang bernilai RM2 bilion itu dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari Perancis dan Korea," kata Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Pesara-pesara Kerajaan di Wisma Darul Iman hari ini (12 September).

Menteri Besar bermesra dengan pesara kerajaan.

Hadir sama, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Noorbahari Baharuddin; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr Haji A. Rahman Mokhtar; Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Pengerusi KUPKKM Terengganu Dato' Haji Muhatar Abdullah.

Sebelum ini Perdana Menteri telah membuat pengumuman tentang pelaburan penting Perancis-Korea ini untuk pembangunan kilang bioteknologi yang menghasilkan L-methionine melalui fermentasi.


Kilang pertama seumpamanya di dunia itu penghasilan asid amino (untuk makanan haiwan ternakan) melalui bioteknologi bakal membolehkan Arkema anak syarikat Total untuk kimia, mengukuhkan kehadirannya di Malaysia (di mana ia telah mempunyai sebuah kilang, Cray Valley, yang menghasilkan resin di Johor Bahru) dan Asia (pusat-pusat pengeluaran di Singapura, Vietnam, China dan Jepun).

Pemilihan Malaysia (Terengganu) berbanding Thailand atau negara-negara lain di rantau ini adalah kerana insentif yang kompetitif yang ditawarkan oleh negara dan pengkhususan Pembangunan Koridor Wilayah Timur untuk petrokimia dan bahan kimia tulen.

Arkema merancang untuk membangunkan platform baru Asia untuk thio (kimia sebatian sulfur) pada masa akan datang.


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved