ads

Rabu, 11 Julai 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Kerajaan <b>Terengganu</b> Diminta Segerakan Projek Infrastktur <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 06:49 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 7 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu diminta menyegerakan semua projek pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Kuala Nerus yang bakal dijadikan daerah kelapan di negeri itu.

Anggota Parlimennya Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata beliau berharap projek pembinaan kompleks pejabat pentadbiran di kawasan itu disegerakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya proses pembangunan infrastruktur itu sepatutnya dimulakan pada bulan lepas namum sehingga ini, ia masih belum dimulakan.

"Saya bimbang kelewatan ini akan dipolitikkan oleh pembangkang yang akan menggunakan isu tersebut untuk meraih undi rakyat menjelang pilihan raya umum nanti, kononnya kerajaan hanya menabur janji namun tidak menunaikannya," katanya selepas Majlis Mesra Bersama Media di sini hari ini.

Pada April lalu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan kompleks pentadbiran Kuala Nerus dan sejumlah RM20 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja fasa pertama.

– BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved