Rabu, 11 Julai 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Hidroelektrik <b>Hulu Terengganu</b> | Darul Iman

Posted: 17 May 2012 06:30 PM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN utusanterengganu@utusan.com.my

Tapak Lokasi Pelencongan Sungai Terengganu untuk Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di Hulu Terengganu. – UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

HULU TERENGGANU 16 Mei – Mungkin tidak ramai menyedari di sebalik keheningan belantara di satu lokasi berhampiran laluan utama menghala ke Gua Musang dekat sini, kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan projek Hidroelektrik Hulu Terengganu sedang giat dijalankan.

Untuk ke lokasi, perjalanan sejauh kira-kira 160 kilometer perlu ditempuhi yang mengambil masa selama hampir dua jam dari bandar Kuala Terengganu.

Dari simpang jalan utama ke Gua Musang, laluan berliku, berlumpur yang merentasi beberapa bukit sejauh kira-kira dua kilometer ke dalam, terpaksa diredahi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.

Pelbagai jenis jentera berat bertungkus-lumus melakukan kerja siang dan malam sejak projek yang menelan belanja kira-kira RM1.6 bilion itu dimulakan dua tahun lalu. Ia dijangka siap sepenuhnya penghujung 2015.

Deruman enjin jentera dan beratus tenaga kerja dengan sebahagian besarnya warganegara China kelihatan komited bagi memastikan projek yang mampu membekalkan elektrik negara siap mengikut jadual.

Setiba di lokasi, suatu panorama mengasyikkan terakam, yang kedudukannya hampir dengan dua buah terowong gergasi dengan setiap satu berukuran 398 meter panjang dan bergaris pusat 9.2 meter yang siap dibina di dasar Empangan Puah itu.

Pada waktu itu, dasar atau lantai saluran berlekuk di sekitar dua terowong berkenaan masih kering sebelum mula digenangi air sejurus kerja lencongan Sungai Terengganu di kawasan itu dilakukan bagi tujuan menakung air untuk proses penjanaan hidro.

Majlis Pelencongan Sungai Terengganu untuk Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu itu telah disempurnakan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, di sini baru – baru ini.

Beliau melakukan gimik perasmian dengan menekan 'butang letupan' sebelum air sungai dialirkan dan beransur-ansur memenuhi takungan di situ.

Turut hadir Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Ir. Azman Mohd.; Naib Presiden TNB, Datuk Ir. Mohd. Nazri Shahruddin dan Pengurus Besar TNB Terengganu, Md. Yuslan Mohd. Yusof.

Hadir sama Pengarah Urusan Loh & Loh Constructions Sdn. Bhd., Jason Loh; Pengarah Urusan Sinohydro Corporation Ltd., Che Wei Li dan Pengarah Projek Perunding HTJV, Travis Smith.

Che Khalib berkata, majlis tersebut dilangsungkan bagi meraikan kejayaan melencongkan Sungai Terengganu melalui dua terowong berkenaan hasil usahasama syarikat Loh & Loh Constructions Sdn. Bhd., dan Sinohydro Corporation Ltd.

Menurutnya, sebaik siap sepenuhnya kelak, projek hidro tersebut mampu membekalkan 250 megawatt (MW) untuk seluruh negara.

Malah, beliau turut memberi jaminan projek berkenaan bukan sahaja mampu menampung keperluan bekalan elektrik negara tetapi merupakan suatu projek penambahbaikan dalam membantu mengelak berlaku banjir di kawasan-kawasan tertentu.

"Apabila projek hidroelektrik ini (Hulu Terengganu) dan projek Hidro Elektrik Ulu Jelai di Pahang siap nanti, ia akan meningkatkan lagi bekalan tenaga hidro ke seluruh negara," katanya.

Che Khalib turut berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan projek Hidroelektrik Hulu Terengganu itu tanpa memusnahkan ekosistem dan persekitaran.

Beliau seterusnya menangkis dakwaan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya projek pembinaan hidro seumpama itu dilaksanakan turut menjejaskan serta merosakkan alam sekitar.

Beliau berkata, sehingga ini prestasi projek itu hampir mencapai 20 peratus siap dan berjalan mengikut jadual iaitu jangkaan takungan air bermula pada November 2014.

Katanya, projek yang melibatkan kawasan takungan air seluas 6,130 hektar itu apabila siap kelak mampu menjana 250MW kuasa elektrik.

"Projek itu akan melibatkan takungan air di Tasik Puah seluas 6,000 hektar dan Tasik Tembat seluas 130 hektar," katanya.

Projek Empangan Hidroelektrik Tasik Kenyir, <b>Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 09:07 AM PDT

Masih cerita sempena cuti 2 minggu…

Suami bawa kami melawat tempat kerja, Projek pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir bertempat di Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu. Terengganu mempunyai satu lagi empangan iaitu Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.

Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir

projek empangan hidroelektrik di malaysia

Dengan pacuan empat roda melalui jalan berbatu dan bergerigil, kami dibawa menjelajah dan melihat projek berskala besar ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini.

Tak banyak yang boleh saya cerita.. lihat saja gambar-gambar sekitar empangan yang sedang dalam pembinaan ini.  3 Tahun lagi, keadaan tentu tidak seperti ini lagi.

pembinaan empangan di malaysia

projek yang menelan belanja kira-kira RM1.6 bilion itu dimulakan dua tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya penghujung 2015.

projek pembangunaan empangan di malaysia

pembinaan empangan hidro elektrik di tasik kenyir

Empangan ini dibina di kawasan Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu

Proposed Project are as follows:

  • Two reservoirs known as Puah Reservoir (6,000 ha) and Tembat Reservoir (130 ha);
  • Two dams; one a 78 m high earth-fill dam (Puah) on the upper Sg. Terengganu Mati just downstream of its confluence with the Sg. Puah and the other a 30 m high roller compacted concrete (RCC) dam on Sg. Tembat;
  • An underground powerhouse having 212 MW (2 x 106MW) turbine/generator units.
  • Two intakes, one each at Tembat Reservoir and Puah Reservoir;
  • Two unlined low pressure diversion tunnels to carry flows from the Tembat reservoir to Puah reservoir (802 m) and Puah reservoir (450 m) to the drop shaft;
  • Two surge shafts near the top of the drop shaft;
  • Two high pressure, steel lined penstock tunnels to carry flows from the drop shafts to the powerhouse;
  • A 1.3 km long, concrete lined, free flow tailrace tunnel to carry flows downstream from the powerhouse to the Tasik Kenyir;
  • A 600m long access tunnel to the powerhouse;
  • A switchyard located above ground near the access tunnel portal;
  • Approximately 10 km (estimated based on the existing roads) of new access road to the dam sites, access tunnel and power house; and
  • A 2.2 km long transmission line, which will connect the power station to the existing Kenyir-Tanah Merah line.

empangan sungai tembat, puah dam tasik kenyir

pembinaan Puah Dam Tasik Kenyir

empangan tasik kenyir hulu terengganu

Dua buah terowong  dengan setiap satu berukuran 398 meter panjang dan bergaris pusat 9.2 meter yang dibina di dasar Empangan Puah

gambar tasik kenyir

Project Location

The proposed Project area is located at the north of existing Kenyir Dam in Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu, Negeri Terengganu Darul Iman.  It is about 50km from Bandar Gua Musang – Hulu Terengganu roadway, and about 65km west of Kuala Terengganu.  The coordinates of Puah and Tembat dams are N 05o 09' 6.1", E 102o 35' 9.8" and N 05o 13' 7.0",E 102o 36' 6.8" respectively.  The project area is located about 20 km away from Saddle Dam A of Tasik Kenyir which is situated to the North-West of Kenyir dam.

Lawatan hampir 30 minit ini sungguh mengkagumkan – nak diceritakan mudah mudah.  Tengok sajalah gambar-gambar ini, kalau dipanjangkan umur, setahun dua tahun tiga tahun kemungkinan saya menjejak kawasan ini lagi.  Yang pasti keadaan tidak akan sama.

p/s -  malas nak alihbahasa.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Seperti Tasik Kenyir, Begitu Jugalah Panjangnya Sejarah Kami
  2. Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir
  3. Tiba Juga Akhirnya
  4. Cuti Dah Habis, Sila Lapur Diri
  5. Hari Ke-10 – Selamat Tinggal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads