Jumaat, 13 Julai 2012

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Dua SMK baru akan beroperasi <b>di Kemaman</b> dalam masa terdekat <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 01:17 AM PDT

Dua SMK baru akan beroperasi di Kemaman dalam masa terdekat

KEMAMAN - SMK Banggol  dan SMK Bukit Kuang dijangka dapat beroperasi dalam masa terdekat. SMK Banggol berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi Mara di kawasan Paya Berenjut akan memberi peluang kepada penduduk sekitar yang selama ini anak-anak mereka bersekolah di SMK Geliga atau SMK Bukit Mentok. Ianya juga memberi peluang kepada penduduk sempadan di Cendor untuk menghantar anak ke SMK Banggol ini melalui jalan pintas yang baru siap dibina.

Sementara bagi penduduk Bukit Kuang khususnya anak-anak mereka yang belajar di SMK Sultan Ismail dan SMK Sultan Ismail II dan mungkin jika ada di SMK Kijal dengan  beroperasinya SMK Bukit Kuang banyak menjimatkan masa,tenaga dan risiko kepada ibubapa dan anak-anak mereka.

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan dua sekolah ini telah diadakan pagi tadi di SMK Banggol yang dipengerusi sendiri oleh En. Zakaria Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Pembangunan JPNT, Timbalan PPD Kemaman, Pegawai dari JPNT dan PPD. Pasukan Pengurusan Sekolah SMK Banggol dan SMK Bukit Kuang serta guru-guru yang akan bertugas di SMK Banggol yang akan memulakan operasi pada 16 Julai ini. Sementara SMK Bukit Kuang dijangka pada 1 Ogos depan.

Kita berharap dengan beroperasinya dua sekolah ini ibubapa dan masyarakat setempat dapat memberi sokongan, kerjasama dan dokongan padu kepada sekolah untuk membangunkan pendidikan anak-anak supaya hasrat melahirkan isan terbilang melalui pendidikan berkualiti dapat direalisasikan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads