ads

Sabtu, 23 Jun 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


<b>Terengganu</b> tempatkan pegawai agama <b>di</b> klinik kesihatan

Posted: 18 Jun 2012 09:10 AM PDT

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menempatkan pegawai agama di klinik kesihatan di seluruh negeri ini bagi memberi bimbingan dan khidmat nasihat daripada aspek keagamaan kepada ibu hamil dan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata, program dinamakan Booth Skuad Khidmat Nasihat Ibu Hamil dan Khidmat Nasihat Awam itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

"Melalui program itu pegawai-pegawai agama ditempatkan di klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri Terengganu bagi membimbing dan tunjuk ajar serta menanam kesedaran beragama di kalangan mereka.

"Kita harap dengan adanya program ini ia akan memberi peluang kepada masyarakat khususnya ibu-ibu muda mendapat bimbingan terbaik sebagai persiapan menyambut cahaya mata," katanya ketika melancarkan program itu di Kuala Terengganu hari ini.

Khazan berkata, buat permulaan program itu akan dilaksanakan di lapan pusat kesihatan daerah bermula 1 Julai ini, sebelum diperluaskan di semua 42 klinik kesihatan di negeri ini.

"Sekiranya mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat, program itu akan diperluaskan di klinik-klinik desa pula," katanya.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved