ads

Sabtu, 23 Jun 2012

13 di pulau kapas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


<b>Pulau Kapas</b> (PART I) - MAY LOVE GROWS FOREVER BETWEEN US

Posted: 28 May 2012 08:42 PM PDT

Nak share kisah perjalanan kami ke Pulau Kapas hari tu.
Bertolak dari sekolah 18 Mei (malam) dalam pukul 11 juga baru gerak dari sekolah.
 Rasanya bas tu ikut jalan Melaka-Segamat-Muadzam-Kuantan-Terengganu
Sebab malam kan,tak berapa perasan sangat.
Tapi yang pasti memang lalu Segamat la sebab kami ada stop kat 1 area kedai makan ni
untuk buang air.(Alhamdulillah,bersih tandasnya :p )
Kemudian singgah rehat sekejap kat R&R Muadzam..driver bus la yang nak rehatkan,kita ni luruskan pinggang + panaskan badan je (serious sejuk giler dalam bas tau,pakai sweater & stokin pun memang x membantu) Masing-masing dah berguling-guling macam tenggiling dah kat seat masing-masing menahan sejuk.Ayat paling power dari sorang member kat abang driver masa tu "Bang,boleh slow kan aircond tu x?" "Air cond bus tak macam air cond kereta cikgu" hahahaha ambik ko!!Ingatkan macam naik kereta boleh control aircond nya..Kami berhenti solat Subuh di 1 masjid di Kemaman. Tak perasan nama masjid tu tapi yang pasti tepi jalan. Meneruskan lagi perjalanan ke Kuala Terengganu dulu pagi tu.Singgah sarapan di gerai tepi jalan di area Rhu Rendang dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu tu.Pergh..masing-masing memang membedal menu tradisi pantai timur masa ni.Ada yang makan nasi dagang, nasi kerabu dan juga nasi minyak (rasa pelik wei breakfast nasi minyak)Sampai di Kuala Terengganu,kami terus ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man.Memandangkan saya dan BFF saya memang dah pernah sampai sini sebelum ni,jadi takde la teruja sangatkan masa nak turun bas tu.Orang lain sibuk dah nak nak ke sana ke mari dengan camera masing-masing tapi kami lenggang lenggong pegi toilet masjid nak mandi hahahaha (segar badan time ni)


  Lebih kurang pukul 12.00 kami gerak ke Marang semula. Ke Jeti untuk ke Pulau Kapas kita ye..boat kami pukul 1. Sementara tunggu pengerusi kelab settle kan tiket untuk ke seberang kita posing dulu ye...  
 Perjalanan dari jeti di Marang ke Pulau Kapas tu dalam 30 minit je.

Cuma masa nak pegi tu kami kena tukar boat dalam perjalanan nak sampai tu sebab masa kami tiba di sana,air surut.Boat yang kami naik tak dapat nak hantar sampai ke tepi.Gigil lutut beralih-alih boat kat tengah lautan ni.(untuk orang yang tak pandai berenang macam saya la)Gambar tukar boat takde ye.Bag pun cikgu lelaki tolong angkatkan gatal ko nak keluarkan camera pulak kan.Pang sekali baru tau..tapi ada member snap gambar masa atas boat 1 lagi tu.Nanti nak minta ihsan dia gambar kami tengah gigil tu hihihi Alhamdulillah,selamat sampai kat jeti pulau kapas.Pheww kena menatap ke resort time ni.Sangat-sangat mencabar ok.Meredah pasir pantai yang halus tu,kami menginap di Kapas Coral Beach Resort. Sampai-sampai je terus lunch dulu.
 Dapat kunci,masing-masing berlumba-lumba masuk bilik. Resort ni under construction masa kami datang.2 pair of us dapat bilik lama(sebab tak cukup bilik baru)salah 1 pair yang dapat bilik lama tu kami la..tapi takpe yang penting ada aircond dan selesa(tapi bila baru jauh lebih selesa la) solat jamak,luruskan pinggang kejap dalam pukul 4.00 nak keluar balik untuk snorkeling..


(Part II nanti sambung karangan lagi ye...hihihihi)

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved