Khamis, 14 Jun 2012

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


ujang kutik: karut: mei 2012 <b>di kuala terengganu</b>

Posted: 06 Jun 2012 09:37 AM PDT

Saya telah acapkali bermalam di Kuala Terengganu. Berpuluh kali. Namun demikian, saya tidak pernah mengalami suasana se 'karut' sekarang. 'Karut!'
Karut, bila tuan punya Merc,BM,Honda,Toyota Hilux/Camry/Altis, Mazda atau Proton Preve  mencemar diri berebut dengan tuan punya Wira, Myvi, Viva,Van Lite Ace atau van lama Ford  cuma untuk mendapatkan sebuah bilik yang biasanya cuma berharga RM60.00 semalam. Kini? RM120.00 semalam!
Sedemikian, kita dengan penuh takjub tetapi kasihan melihat kereta-kereta mewah bersidai di hotel-hotel budget, homestay atau resort sengkek.
Hotel-hotel mewah dan sederhana - Primula Beach Resort, Felda Residence,Sumai Suite, Grand Continental dan yang sedarjat telah habis ditempah oleh mereka-mereka yang bukan sahaja mampu tetapi 'alert' dengan kebejatan Kuala Terengganu/Marang ketika musim cuti sekolah dan musim mencandat sotong.
Malah dalam keadaan sekarang, kaki-kaki yang ketagihan mencandat sotong dari seluruh pelusuk negara - Nilai,Tanjung Karang, Hutan Melintang, Kota Bharu,Ipoh, Kuantan atau sejauh Muar yang dalam keadaan biasa tidak pernah menghirup secawan kopi Brazil di lobi hotel berjenama, sanggup bermalam di hotel RM200.00/malam jika tiada pilihan.Hotel sederhana yang biasanya RM120.00/malam tiba-tiba dinaikkan pada harga RM180.00 - RM200.00 semalam! 
Kuala Terengganu kini seperti dalam keadaan 'huru-hara' yang menyeronokkan. Premis-premis makanan dipenuhi pengunjung, juga pada harga yang agak mahal jika dibandingkan dengan di Kuala Lumpur atau di mana sahaja di Semenanjung. Pusat beli belah terutamanya di Pasar Payang sesak-sesesaknya.
Namun demikian, Kuala Terengganu dilihat seperti telah cukup bersedia untuk menerima tetamu. Terengganu atau khususnya Kuala Terengganu memiliki pakej yang secukupnya, yaani Taman Tamadun Islam, senibina masjid yang indah, kain batik, tempat peranginan,mencandat sotong, Kuala Terengganu Water Front,warna warni politik tempatan dan lain lagi. Anda akan dapat menyaksikan bendera raksaksa parti kesayangan anda di tempat-tempat strategik di bandar ini.
Nasihat saya, jika anda ingin bercuti bersama keluarga di Kuala Terengganu di musim cuti sekolah dan mencandat sotong, buatlah persiapan yang sepatutnya - tempah hotel awal-awal. Jika tidak, anda akan menghampakan orang tersayang kerana terpaksa bermalam di tempat penginapan yang kurang sesuai untuk bercuti.    

Sera Diary: Lawatan sambil Berjalan-Jalan <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 28 May 2012 01:00 AM PDT

25 March 2012 @ Kuala Terengganu. Wah..lama betul tak pergi Kuala Terengganu..sayangnya kami kesuntukkan masa jadi tak dapat nak melawat banyak tempat-tempat yang menarik.

AY hanya sempat ke Pasar Payang beli teluk penyu 5 biji..serunding and beberapa makanan ringan...dan of course..belik keropok lekur..aduhlah lenguh kaki beratur heheh...what to don.kalau tak beli keropok lekur bila sampai Terengganu memang tak sah kan.

Kami sempat lunch makan nasi kukus and ayam berempah..sedap sangat sampai Amir makan dua bungkus!.

Gambar kenang-kenangan di Kuala Terengganu.



Published with Blogger-droid v2.0.4

^‿^ LOVE MaaMieIqi ^‿^: Singgah Sekejap <b>di Kuala Terengganu</b>..

Posted: 06 Jun 2012 08:00 AM PDT


Pagi Isnin kami dr Klate bertolak ke Jengka..kali ni saja nak tukar angin balik ikut Tganu..Sebabnya utamanya me nak tengok pantai..Saya suka pemandangan pantai ye..harap maklum..hmm rasa mcm  budak2 ler pulak.apa2lah yg penting saya happy dan hubby cakap ok aje.  1 more reason pulak, mak nak singgah rumah Ayah Ngah (abg to MIL) di Gong Badak.
Lepak kat GB almost 1 hour..then on the way balik ke Pahang kami singgah dulu kat Kuala Ibai sekejap untuk Solat Asar di Masjid Terapung a.k.a Masjid Tengku Tengah Zaharah.
 
 
 Pantai Rantau Abang demi memenuhi hasrat MLP ..Asal nampak je laut.."abahhh...brenti le, Iqi nak mandi pantai". So terpaksalah kami cari tempat yg cetek dan sesuai. Kalau ikutkan me mmg tak bagi tapi Hubby ckp tak pe nanti dia monitor.
 

Pastu...

Tak per...yg penting dia happy...:-).Lepas tu lepak jap sambil makan keropok handmade yg sgt sedap..dan sempat jugak kami snap foto kat situ.




 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads