ads

Khamis, 14 Jun 2012

13 di jerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Masjid Seberang <b>Jerteh</b>, warisan senibina dan pertukangan Melayu

Posted: 05 Jun 2012 12:23 AM PDT

Masjid Seberang Jerteh, Besut, Terengganu yang baru dibina bagi menggantikan masjid yang lama benar-benar menampilkan warisan senibina Melayu tradisional. Dengan binaan daripada kayu cengal, antara kayu pilihan dan terbaik tropika ia memberi kesan dan nilai estetika yang tinggi dan menyerlahkan lagi kehebatan seni pertukangan kayu Melayu.
 Dengan binaan bercirikan rumah tradisional Melayu dan Rumah Terengganu, ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengunjung masjid malah menampilkan kesan istimewa binaan tradisional seperti aliran angin, seni pasak, dan juga nilai tradisi seperti membasuh kaki menggunakan gayung tempurung dan sebagainya.Binaan kolah di hadapan masjid juga mengembalikan nostalgia lama masjid pada zaman dahulu.
Bagi mereka dari Kuala Terengganu, ia terletak selepas bandar Jerteh menghala ke Kota Bharu. Dan bagi mereka dari Kota Bharu dan Pasir Puteh, ia terletak di sebelah kiri sebelum bandar Jerteh.
Kini terdapat dua mercu tanda menarik yang mesti di lawati di bandar Jerteh ini iaitu Masjid Hadhari yang bercirikan senibina Cordova dan Masjid Madinah dan Masjid Seberang Jerteh yang menampilkan warisan senibina dan pertukangan Melayu yang unik dan hebat.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved