Rabu, 30 Mei 2012

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


ROZLAN RAZALI: Masjid Hadhari Bandar <b>Jerteh</b>

Posted: 10 May 2012 07:50 PM PDT


Masjid Hadhari dahulunya dikenali  Masjid Bandar Jerteh mula dibina pada tahun 1965 ketika itu  hanya boleh memuatkan jemaah seramai 500 orang. Atas keperluan semasa pihak kerajaan negeri telah merancang untuk membina sebuah masjid yang lebih besar bagi menampung jemaah yang semakin rami terutamanya ketika solat jumaat.. Pada tahun 2005 kerajaan negeri telah memulakan pembinaan masjid Hadhari ini di tapak asal Masjid Bandar Jerteh dimana harga pembinaan Masjid Hadhari ialah RM 24 juta dan masjid ini telah dinamakan Masjid Hadhari Bandar Jerteh, ianya mula digunakan pada tahun 2008.

Pembinaan Masjid ini telah diilhamkan oleh Mantan Menteri Besar Terengganu Y.B Dato' Seri Hj. Idris Bin Jusoh (ADUN Jerteh). Pembinaan Masjid ini adalah untuk mencapai konsep "Islam Hadhari Terengganu Bestar yang menjadi selogan pentadbiran Kerajaan Negeri ketika itu. Masjid Hadhari ini berseni binakan ciri-ciri sebuah masjid di Cordoba Sepanyol yang cukup terkenal di zaman kegemilangan Kerajaan Andalusia. Dipenuhi dengan  gerbang-gerbang yang dicat secara berjalur dan diukir dengan ukiran yang menarik Rekabentuk masjid di bahagian luar berasaskan pada seni bina Masjid Nabi di Madinah. Web Site Masjid Hadhari boleh dilayari DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads