Isnin, 21 Mei 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Hidroelektrik <b>Hulu Terengganu</b> | Darul Iman

Posted: 17 May 2012 06:30 PM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN utusanterengganu@utusan.com.my

Tapak Lokasi Pelencongan Sungai Terengganu untuk Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di Hulu Terengganu. – UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

HULU TERENGGANU 16 Mei – Mungkin tidak ramai menyedari di sebalik keheningan belantara di satu lokasi berhampiran laluan utama menghala ke Gua Musang dekat sini, kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan projek Hidroelektrik Hulu Terengganu sedang giat dijalankan.

Untuk ke lokasi, perjalanan sejauh kira-kira 160 kilometer perlu ditempuhi yang mengambil masa selama hampir dua jam dari bandar Kuala Terengganu.

Dari simpang jalan utama ke Gua Musang, laluan berliku, berlumpur yang merentasi beberapa bukit sejauh kira-kira dua kilometer ke dalam, terpaksa diredahi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.

Pelbagai jenis jentera berat bertungkus-lumus melakukan kerja siang dan malam sejak projek yang menelan belanja kira-kira RM1.6 bilion itu dimulakan dua tahun lalu. Ia dijangka siap sepenuhnya penghujung 2015.

Deruman enjin jentera dan beratus tenaga kerja dengan sebahagian besarnya warganegara China kelihatan komited bagi memastikan projek yang mampu membekalkan elektrik negara siap mengikut jadual.

Setiba di lokasi, suatu panorama mengasyikkan terakam, yang kedudukannya hampir dengan dua buah terowong gergasi dengan setiap satu berukuran 398 meter panjang dan bergaris pusat 9.2 meter yang siap dibina di dasar Empangan Puah itu.

Pada waktu itu, dasar atau lantai saluran berlekuk di sekitar dua terowong berkenaan masih kering sebelum mula digenangi air sejurus kerja lencongan Sungai Terengganu di kawasan itu dilakukan bagi tujuan menakung air untuk proses penjanaan hidro.

Majlis Pelencongan Sungai Terengganu untuk Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu itu telah disempurnakan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, di sini baru – baru ini.

Beliau melakukan gimik perasmian dengan menekan 'butang letupan' sebelum air sungai dialirkan dan beransur-ansur memenuhi takungan di situ.

Turut hadir Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Ir. Azman Mohd.; Naib Presiden TNB, Datuk Ir. Mohd. Nazri Shahruddin dan Pengurus Besar TNB Terengganu, Md. Yuslan Mohd. Yusof.

Hadir sama Pengarah Urusan Loh & Loh Constructions Sdn. Bhd., Jason Loh; Pengarah Urusan Sinohydro Corporation Ltd., Che Wei Li dan Pengarah Projek Perunding HTJV, Travis Smith.

Che Khalib berkata, majlis tersebut dilangsungkan bagi meraikan kejayaan melencongkan Sungai Terengganu melalui dua terowong berkenaan hasil usahasama syarikat Loh & Loh Constructions Sdn. Bhd., dan Sinohydro Corporation Ltd.

Menurutnya, sebaik siap sepenuhnya kelak, projek hidro tersebut mampu membekalkan 250 megawatt (MW) untuk seluruh negara.

Malah, beliau turut memberi jaminan projek berkenaan bukan sahaja mampu menampung keperluan bekalan elektrik negara tetapi merupakan suatu projek penambahbaikan dalam membantu mengelak berlaku banjir di kawasan-kawasan tertentu.

"Apabila projek hidroelektrik ini (Hulu Terengganu) dan projek Hidro Elektrik Ulu Jelai di Pahang siap nanti, ia akan meningkatkan lagi bekalan tenaga hidro ke seluruh negara," katanya.

Che Khalib turut berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan projek Hidroelektrik Hulu Terengganu itu tanpa memusnahkan ekosistem dan persekitaran.

Beliau seterusnya menangkis dakwaan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya projek pembinaan hidro seumpama itu dilaksanakan turut menjejaskan serta merosakkan alam sekitar.

Beliau berkata, sehingga ini prestasi projek itu hampir mencapai 20 peratus siap dan berjalan mengikut jadual iaitu jangkaan takungan air bermula pada November 2014.

Katanya, projek yang melibatkan kawasan takungan air seluas 6,130 hektar itu apabila siap kelak mampu menjana 250MW kuasa elektrik.

"Projek itu akan melibatkan takungan air di Tasik Puah seluas 6,000 hektar dan Tasik Tembat seluas 130 hektar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads