Khamis, 15 Mac 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Pasti Juara Pendidikan Pra-Sekolah <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 03 Mar 2012 03:42 PM PST

PULAU REDANG – Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan di pulau ini sejak 10 tahun lalu, kini menjadi pilihan utama kepada lebih 1400 orang penduduknya berbanding pendidikan pra-sekolah Tadika Kemas.

Jumlah pelajar yang mendaftar di Pasti pada sesi persekolahan baru 2012 adalah seramai 44 orang berbanding 24 orang pada sesi lalu.

Manakala, pelajar Tadika Kemas yang dianjurkan Umno semakin meleset dengan seramai 11 orang sahaja yang menjadi pelajarnya pada sesi ini berbanding 20 orang pada sesi lalu.

Menurut Pengarah Pasti Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong, program-program pendidikan yang dilaksanakan oleh Pasti mememuhi kehendak semasa.

"hari ini kita menggerakkan Pasti memenuhi kehendak keperluan pendidikan semasa, sebab itu apabila (kerajaan) menekanekan (kaedah) 3M kita (Pasti) memperkenalkan 5M,

"supaya anak-anak yang keluar daripada Pasti ini bukan sahaja cemerlang dari kurikulumnya, tetapi juga dari sudut amalannya,"Ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pasti bersama ibu bapa pelajar dalam Lawatan Kerja Pasti Negeri Terengganu ke Pasti An-Nadwah, di sini Sabtu 3 Mac.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Satu perlawatan bolasepak persahabatan diantara pasukan Pasti Negeri Terengganu dengan Penduduk Pulau turut diadakan sempena lawatan tersebut.

>> Berita lanjut menyusul>>

Komen:

Fasha pilih <b>Pulau Redang</b> sebagai destinasi bulan madu

Posted: 11 Mar 2012 07:33 AM PDT

Pelakon popular, Fasha Sandha memilih untuk bersederhana dalam majlis perkahwinannya. Begitu juga dengan destinasi bulan madu.

Jika kebanyakan artis terkenal memilih untuk berbulan madu di luar negara, Fasha pula sebaliknya apabila memilih Pulau Redang sebagai destinasi menikmati detik manis itu bersama Jejai.

Baginya, itu pilihan tepat kerana tidak semua destinasi indah di tanah air pernah diteroka, sementelah pula dia terikat dengan penggambaran drama bersiri selepas diijabkabulkan.


Kata Fasha, lebih praktikal jika berbulan madu dalam negara dan Jejai bersetuju dengan cadangannya untuk berbulan madu di Pulau Redang saja.

"Mungkin kami habiskan masa di sana selama seminggu. Jejai faham saya ada penggambaran selepas kami berkahwin, jadi lebih mudah jika berbulan madu di Pulau Redang.

"Saya masih pertimbangkan sama ada mahu beraksi dalam drama Dendam Serakit yang bakal menghiasi slot Seram di TV3 atau Juwitaku (Astro Ria) kerana tawaran datang serentak "Saya hanya boleh pilih satu daripadanya dan akan ke lokasi penggambaran selepas selesai berbulan madu.

Pulau Redang merupakan destinasi pelancongan popular di kalangan pelancong luar negara berbanding pelancong tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads