Rabu, 24 Ogos 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kemalangan maut motosikal <b>di Marang</b> | Macam Best

Posted: 21 Aug 2011 11:59 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri dalam kemalangan di Kampung Kedai Buluh, Jalan Kampung Surau Haji Yaacob, Titian Baru, Marang malam tadi.

Mohd Amirul Azlan Shafie, 21 maut di tempat kejadian, manakala Adam Safuan Jaafar, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Sultan Mansor, Kedai Buloh, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya, berkata nahas kira-kira 7.00 malam itu berlaku apabila Mohd Amirul Azlan dipercayai hilang kawalan motosikal yang ditunggangnya sebelum merempuh motosikal Adam Safuan dari arah bertentangan.

Katanya, akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Kampung Surau Panjang dan Kampung Surau Haji Daud, cedera parah di kepala dan anggota badan.

"Kita percaya kedua-dua mangsa menunggang motorsikal dalam keadaan laju dan akibat rempuhan yang kuat itu menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah," katanya kepada pemberita di sini.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. – BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads