Rabu, 17 Ogos 2011

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


UMNO Online - Sebanyak 101 Buah Rumah Dibaiki <b>Di Kemaman</b>

Posted: 14 Aug 2011 05:26 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Sebanyak 101 Buah Rumah Dibaiki Di Kemaman

KEMAMAN, 14 Ogos – Sebanyak 101 buah rumah penduduk miskin di daerah Kemaman akan dibaiki di bawah Program Mesra Rakyat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilancarkan di seluruh negara sejak tiga bulan lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 diperuntukkan bagi membaiki setiap rumah berkenaan.

"Walaupun peruntukan yang kita sediakan itu tidak banyak, tetapi ia cukup untuk membaiki keadaan rumah yang uzur seperti atap yang bocor dan lantai atau dinding yang sudah reput," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Shabery, yang juga Ahli Parlimen Kemaman, berkata demikian ketika melawat Kampung Tengah di sini bagi mengenalpasti 11 buah rumah yang perlu dibaikpulih dalam masa beberapa hari lagi.

Katanya program itu akan dilaksanakan secara berterusan dan bilangan rumah yang akan dibaikpulih akan ditambah dari semasa ke semasa setelah dikenalpasti melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setempat.

Katanya, selain itu, turut dilaksanakan program Titik Sentuhan bagi mengenalpasti keperluan mereka yang uzur atau mengalami sakit kronik.

"Sebagai contoh, jika seseorang pesakit lumpuh dan memerlukan kerusi roda, maka bantuan segera bagi mendapatkan kerusi roda akan diberikan kepada pesakit itu," katanya.

Berita Bertarikh 14 August 2011 Pada 8:26 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads