ads

Isnin, 11 Julai 2011

13 di pulau kapas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Berkayak ke <b>Pulau Kapas</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2011 05:53 PM PDT


SISWA UMP yang menyertai ekspedisi kayak ke Pulau Kapas, Terengganu baru-baru ini.


OMBAK yang mengganas di samping cuaca panas terik ketika perjalanan selama tiga jam dari Chendering ke Pulau Kapas di Terengganu tidak menghalang 33 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menamatkan ekspedisi kayak dengan jayanya baru-baru ini.

Kekuatan fizikal dan mental serta semangat kerjasama di kalangan peserta menjadi pemangkin untuk mereka terus bertahan dalam mengharungi cabaran dan menghadapi aat-saat getir.

Namun, kepayahan berakhir apabila peserta dapat meneroka keindahan flora dan fauna di pulau yang menjadi salah satu destinasi pelancongan terkenal di Malaysia.

Menurut Ketua Jurulatih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lt. Shazree Sharidan, program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti bagi membina daya ketahanan mental dan fizikal pegawai kadet dalam melaksanakan aktiviti lasak.

"Peserta dapat memupuk semangat berpasukan, menguji tahap keyakinan diri dan mengukuhkan nilai kepimpinan seseorang anggota pegawai kadet.

"Peserta juga diterapkan nilai dan etika ketenteraan di sepanjang program agar dapat melahirkan pegawai kadet yang mampu menjayakan misi dan visi Pasukan Simpanan TLDM," katanya.

Sementara itu, Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), Nurul Noramelya Zulkefli, 20, berkata program itu meninggalkan kenangan bermakna dalam hidupnya terutama berpeluang menjalankan aktiviti menyelam di dasar laut.

"Pengalaman berkhemah di pulau ini walaupun memenatkan namun amat menyeronokkan dan berkesan.

"Saya tidak menyangka dapat bertahan selama tiga jam dengan berkayak dan berdepan situasi cemas semasa melawan arus dalam cuaca yang terlalu panas dan laut bergelombang," katanya.

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Mohd Izzat Fauzi, 20, berkata, kebanyakan program memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

Beliau berkata, aktiviti itu banyak memupuk sikap disiplin diri, keberanian diri seseorang dan kerjasama berpasukan.

"Ia juga membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dan jati diri sebagai siswa yang berkeyakinan tinggi dan berdisiplin," katanya.

Turut serta dalam menjayakan Ekspedisi ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan bot UMP yang mengiringi peserta sepanjang ekspedisi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved