ads

Isnin, 4 Julai 2011

13 di kuala berang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


~up to the limits~: Sebongkah Batu <b>Di Kuala Berang</b>

Posted: 01 Jul 2011 12:01 PM PDT

InsyaAllah, i shall make this post short and simple. Kalau nak review buku panjang2, baik beli buku ni teghuih... ye dak? haha. Sbenaqnya aku pon dah lama khatam novel nih...tp sbb time-constraint punye pasai...ter-tangguh2 la jadinye..

In short, aku langsung tak rasa novel ni seratus peratus fiksyen, sebaliknya lebih kpd kompilasi pelbagai bahan rujukan tentang asal-usul kedatangan Islam ke nusantara. Pengenalan watak2 pun boleh dikatakan hanya sbg perencah jalan cerita. Untuk menyedapkan para pembaca semestinya. Unsur2 sarkastik mmg tak boleh lari la...sama je mcm novel2 Faisal yg terdahulu...

Terus ke titik, menurut kaca mata saya yg berjenama Brown, novel ni bertemakan kepincangan industri hiburan dan kepelbagaian pendapat tentang kemasukan Islam ke nusantara. Ada 2 tema la senang crite... 

Well, aku takkan hampakan korang dengan kupasan Faisal pasal industri hiburan Malaysia... berikut merupakan sedikit extract yg bisa direnungkan...

"Seperti kata Prof. Budriz, orang Islam sudah perlu berhenti membina masjid. Yang perlu kita bina sekarang, meski menggunakan wang zakat sekalipun adalah membikin filem bagi membalas serangan kebudayaan Barat dan juak-juaknya. Demi merenung semula jati diri kita." m/s 6.


"Dengar sini, filem dan karya sastera bermain dengan naratif. Kekuatan naratif yang ditawarkan oleh Alquran bukan sekadar bermain dengan cerita dan bahasa semata-mata. Sekiranya filem alat penceritaannya adalah gambar; tetapi seperti yang ditekankan Allah dalam surah Yusuf, ayat 3, firmanNya; Sesungguhnya kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Alquran ini kepadamu. Dan sesungguhnya kamu sebelum ini termasuk dalam orang2 yang belum mengetahui."

Kisah harus mempunyai misi iman (refer surah Hud, ayat 120). Misi untuk mendorong renungan, bukan hiburan (ala'raf ayat 176)

"Seni budaya Islam mesti mempunyai estetika makna yang tinggi. Estetika bentuk ialah pengagungan kepada karya seni semata-mata. Filem dilihat sekadar gambar yang cantik, sinematografi yang menawan, suntingan yang elok ataupun lakonan yang berkesan. Sedangkan hal2 yang disebut sebentar tadi amat subjektif sifatnya dan berubah-ubah mengikut selera penikmatnya malah berubah-ubah mengikut zaman dan kemajuan teknologi." <<<--- ouch!

Berkaitan kupasan tema kemasukan Islam ke nusantara, Faisal mengambil pendekatan utk menceritakan terlebih dahulu akan kepercayaan syirik masyarakat dahulu kala. Alaa... sama mcm pendekatan KBSM menyogok kita dgn fakta Sejarah time SPM dulu la... And aku pun tak tahu mcm mana nk kongsi ibrah yg ada dlm novel ni kat korang, so aku buat dlm bentuk sesi soal jawab je la...haha, beruanglah dengan saya (baca: bear with me)

Sebelum kemunculan Buddha dan Hindu, rantau nusantara lebih mempercayai kekuasaan alam seperti hujan, matahari dan roh nenek moyang serta konsep Hyang (paling berkuasa). Kedatangan Hindu telah mengecilkan skop kepercayaan kepada tiga sahaja, iaitu Krishna, Vishnu dan Siva. Manakala kedatangan Buddha pula memperbaiki buddhi (rohani) dan prakharti (jasmani). m/s 17.

"Mengapa Islam diterima kemudiannya sebagai ganti kepada kepercayaan Hindu-Buddha?" 

"Kerana Islam merupakan agama yang dapat bertahan daripada apa sahaja cabaran. Buddha tenggelam dek serangan penganut Zoroastrianisme dan saingan daripada agama Nestorian Christianity dan Manichaeisme. Hindu pula diberontak kerana sistem kasta dan penguasaan politik atas kepentingan sendiri." m/s 19.

"Jadi, Islam diterima dengan mudah di nusantara?" 

"Tak juga. Pengislaman berlaku dengan perlahan. Kerajaan Hindu-Buddha sangat sukar untuk diruntuhkan. Rakyat nusantara disogok dengan ajaran dan kebudayaan Hindu-Buddha dari abad kedua hingga ke abad empat belas. Adat dan budaya tersemat kukuh dalam pegangan nusantara. Tapi perlu ditegaskan, kecemerlangan ekonomi dan sistem politik islam yang ditunjukkan oleh kerajaan  Parsi berjaya menambat hati masyarakat nusantara."

"Rakyat nusantara terkenal dengan pegangan teguh terhadap ajaran nenek moyang. Adakah kedatangan Islam telah menyebabkan berlakunya campur baur dalam pegangan budaya?" 

"Ya. Berlaku campur baur. Tetapi masyarakat nusantara tidak melihat Islam sebagai agama yang bertentangan dengan kepercayaan sedia ada. Mereka tidak melihat Islam sebagai suatu revolusi." <<<--- part ni aku terus teringat kat pandangan Imran Rasid... woah, sama pemikiran.

"Adakah ini bermakna adat dan budaya yang penuh syirik tidak dibanteras?" 

"Ya. Pada dasarnya, kedatangan Islam tidak mengubah bentuk asal kebudayaan nusantara. Walau bagaimanapun, penyembahan berhala berjaya dihapuskan. Dan kebudayaan rakyat didorong ke arah bentuk tamadun yang lebih maju (mcm dlm Sejarah dulu, kita belajar pasal pengaruh Islam dlm senibina, penulisan, politik etcetera2... ingat x?)."

"Bermakna, kedatangan Islam tidak mengubah cara hidup masyarakat kepada cara hidup Islam yang murni?"  <<<--- which is way too far cry with Islam projection in Arabs countries...

"Benar. Mubaligh islam terlibat secara langsung dengan masyarakat untuk memantapkan kebudayaan dan falsafah Melayu di nusantara."

Penyebaran islam di timur tengah berbeza dengan penyebaran di nusantara. Golongan arab di timur tengah dahagakan hujah. Pemikiran mereka drastic dan tegas. Tidak seperti kita yang majoritinya lemah lembut. Di nusantara, penyebaran islam adalah menerusi seni dan budaya. Inilah islam tsaqafi.
Buktinya? Salah seorang wali songo, Sunan kudus memanfaatkan ilmu kejuruteraannya dengan mengadaptasi ukiran hindu dan Buddha dalam pembinaan masjid. Bentuk pancuran wuduknya melambangkan lapan jalan Buddha. Tapi suka sekali diingatkan, ini bukan pluralisme agama (at least at that time lahh).

Errr.. rasenye cukup sekadar ni. Mcm terpanjang pulak dah aku menaip... adeh~ So sebelum korang blah/chow dari blog aku yg serba bosan nih, ingin daku berkongsi quote drpd Melville J Herskovitz dlm bukunya yg bertajuk 'The Reality Of Culture'...

1) Budaya itu universal, tapi manifestasinya lokal. 

2) budaya menentukan sebahagian besar sisi kehidupan tanpa mencampuri fikiran sedar.





* lately agak high dlm cinematography and engineering economics... arghh!!



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved