Ahad, 24 Julai 2011

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


WWF-Malaysia Anjur Kempen Kesedaran Penyu <b>Di Kemaman</b> Sabtu Ini <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2011 04:44 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 21 Julai (Bernama) — Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia (WWF-Malaysia) akan menganjurkan kempen kesedaran penyu pada Sabtu ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk melindungi spesies terancam dan pantai tempat amfibia itu bertelur.

Kempen sehari bertemakan 'Lindungi Penyu Kita' itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 10 malam di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman.

Sempena kempen itu, WWF-Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan futsal, pameran, dan persembahan khas oleh pelajar UiTM Dungun yang bakal memukau pengunjung, menurut kenyataan WWF-Malaysia yang dikeluarkan di sini hari Khamis.

Buat kali pertama di negara ini, kempen Pembekuan ke arah Menamatkan Perdagangan Telur Penyu (FTET) akan dijalankan untuk mengetengahkan nasib penyu di Malaysia.

Sebagai tambahan, majlis menandatangani ikrar akan dijalankan sepanjang kempen itu berlangsung bertujuan menggesa orang ramai menghentikan kegiatan memperdagang dan memakan telur penyu.

Amalan memakan telur penyu masih berleluasa dan ia dijual secara terbuka di pasar.

Pada masa ini, tiada larangan di seluruh negara dibuat terhadap amalan memakan telur penyu, bagaimanapun penjualan telur penyu belimbing hanya dikuatkuasakan di Terengganu manakala telur penyu daripada spesies lain boleh dimakan dan diperdagangkan.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Curahan Rasaku: ~ sabtuku <b>di kemaman</b>~

Posted: 23 Jul 2011 07:57 PM PDT

assalamualaikum
sabtu cheqna semalam di kemaman.....ada pogram kaunseling komuniti daerah kemaman....cheqna bergerak dari umah ke kemaman pada hari jumaat...hehehehehehe
awal pagi semalam terus gerak ke kampung batu 9 Ibok kemaman....besh walau budak2 sangat degil..tapi akhirnya tunduk jugak dengan kami...wallah ayat tak leh blah...=)
masa slot kak siti....radio karat..
situasi titanic - perbincangan kumpulan....
with kak uda..tuan punya pogram....bersama pegawai psikologi yang sangat ayu...lalalalalalalala...hahahaha...
hari ni cheqna cuti......sila jeleh =)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads