ads

Jumaat, 3 Jun 2011

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Pelaburan RM2.3 bilion tahun lalu | Darul Iman

Posted: 11 May 2011 08:59 PM PDT

KUALA TERENGGANU 11 Mei (Utusan Malaysia)- Kerajaan negeri berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu yang meletakkan negeri ini di tangga keenam dari segi pelaburan tertinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Kemudahan Awam negeri, Toh chin Yaw berkata, pelaburan langsung asing (FDI) pula mencatatkan nilai RM216.9 juta sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, pada Januari tahun ini pula, sejumlah RM213 juta dilabur di negeri ini dan ia mencatatkan peningkatan berbanding RM7.7 juta pada bulan berikutnya.

"Untuk tahun ini, setakat ini sebanyak RM220 juta telah dilabur yang mampu menyediakan 184 peluang pekerjaan," katanya ketika menggulung perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri sedang berusaha untuk merancakkan lagi kegiatan pelaburan tahun ini termasuk perancangan membangunkan kawasan seluas 15.6 hektar di taman perindustrian Wakaf Tapai, Marang.

Selain itu jelasnya, empat syarikat akan mengemukakan cadangan untuk melibatkan diri dalam industri penapisan minyak di negeri ini.

Sementara itu, sidang Dewan juga diberitahu, kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah sekolah Imtiaz di daerah Marang pada tahun depan dalam usaha mewujudkan rangkaian sekolah itu di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tapak yang sesuai di Wakaf Tapai.

"Sebuah lagi sekolah Imtiaz akan diwujudkan di Kemaman pada tahun ini," katanya semasa menggulung perbahasan.

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved