ads

Jumaat, 3 Jun 2011

13 di kuala berang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Sebongkah Batu <b>Di Kuala Berang</b> | TOKSIKZINE

Posted: 31 May 2011 09:00 AM PDT

Naskhah ini merupakan novel tulisan Faisal Tehrani (FT). Apa yang aku tahu tentang FT, dia seorang penggemar wacana. Dalam novel dan cerpen tulisannya, kebiasaannya berformatkan wacana. Malah di dalam Karya Nan Indah, sebuah buku yang ditulisnya sebagai panduan dan rujukan untuk pengarang baru juga menekankan perkara wacana untuk digunapakai sebagai medium menyampaikan idea.

Sekurang-kurangnya ada dua idea segar di dalam Sebongkah Batu Di Kuala Berang (SBDKB). Pertama tentang Islam tsaqafi, kedua ialah teori filem. Sebelum itu,

Audien yang paling wajib membaca novel ini.

Ulamak, agamawan, sejarawan, penerbit filem, pengarah filem, aktor dan aktress, pelajar-pelajar jurusan seni, kemudian akhir sekali barulah jatuh kepada orang-orang awam macam aku.

Statement paling tajam di dalam novel ini.

Orang Islam sudah perlu berhenti membina masjid. Yang perlu kita bina sekarang, meski menggunakan wang zakat sekalipun adalah membikin filem bagi membalas serangan kebudayaan Barat dan juak-juaknya. Demi merenung semula jati diri kita.

Kelemahan novel ini.

FT begitu rakus berteori sehingga novel setebal 176 mukasurat ini hampir menyerupai teks wawancara yang penuh dengan fakta dan hujah. Plotnya sangat kurang. Aku tak rileks seperti aku membaca 1515 (walaupun 1515 lebih tebal), input SBDKB seolah-olah segerombolan tebuan yang menyerang dan menyengat bertubi-tubi. Lemas.

Kekuatan novel ini.

Fakta dan hujah yang dibentangkan FT adalah daripada hasil kerjanya yang teliti (tipikal Faisal Tehrani). Dan akibat yang sepatutnya datang dari novel ini ialah seperti; I. Buku teks sekolah yang menyentuh tentang Batu Bersurat secara umum total itu wajiblah dirombak semula oleh kerajaan berdasarkan pembacaan kali kedua yang dilakukan oleh FT ini. II. Kerajaan dengan para sejarawannya sudah patut mengadakan kajian semula tentang kemasukan Islam di Nusantara dan Malaysia, khususnya. III. Idea FT tentang hiburan dan teori filem sepatutnya sudah boleh mencetuskan kesedaran untuk sebuah revolusi industri. IV. Peranan Wali Songo sepatutnya menjadi contoh kepada para agamawan supaya lebih cerdik dalam mendekati orang awam dan mengelakkan diri daripada menjadi bangang terutamanya apabila sudah menceburkan diri ke dalam politik lucah dan kotor.

Sebagai seorang yang prolifik dalam menulis, Faisal Tehrani juga seorang yang kaya dengan idea. Idea membaca semula Batu Bersurat, disiapkan sekali pembentangan hujahnya dalam plot yang dibentuk sebagai sebuah perjalanan membikin doku-drama, menjadikan FT seorang penulis yang diperlukan sebagai rujukan untuk anak-anak masa hadapan.

Lupakan kisah Syiah-nya.

Islam tsaqafi yang disebar di dalam novel ini ialah pendekatan dakwah dalam seni. Nusantara ialah lubuk seni. Mereka sukakan hiburan, baik menyanyi, menonton filem, menari, et cetera et cetera. Daripada apa yang aku faham menurut teori novel ini, untuk mendekati manusia dalam menyampaikan sesuatu yang baru perlu dimulakan dengan mengenali budayanya. Masuklah ke dalam budayanya dan sesuaikanlah Islam itu di dalamnya. Juga contohnya seperti ini, apabila sesebuah bangsa itu menjadikan hiburan sebagai makanan utama, maka serapkanlah Islam itu ke dalam hiburan.

FT ada falsafah untuk filem. Di dalam novel ini juga dia mengongsikannya kepada audien. Tentang apa yang perlu dilakukan pada filem kita. Tentang bagaimana pentingnya para pengkarya, pembikin filem terutamanya memahami kelompok audien seperti escapism, moviegoer dan surveillance sebagai sasaran gagasan pemikirannya. Tentang filem di Malaysia yang sepatutnya sudah mula mendidik, dan bukan lagi hiburan kosong.

Namun FT sebagai penggemar filem-filem Iran, aku rasakan pemikiran dan teori filemnya hampir pasti sudah ke sebelah sana. Ah! Tak mengapa pun, bukankah filem Iran memang bagus-bagus.

FT malah menjadikan naskhah ini sedikit nakal dengan membawa kritikan peribadinya ke atas seorang aktres daripada keluarga Sharifah, yang dilakukannya secara parodi.

Dari satu sudut, setiap novel Faisal Tehrani merupakan pengalaman, pembacaan dan kajian ilmiahnya. Aku jenis yang menerima variasi dalam idea dan pemikiran. Setuju atau tidak itu belakang cerita. Yang penting kita perlu pasang telinga dan belajar memahami pendapat orang. Tidak kira samada pemikirannya ketat ataupun boleh lebih kurang.

Di SBDKB, Batu Bersurat dan teori filem hanyalah sebagai medium, pengisiannya itulah yang akan membentuk tamadun dan kemuliaan agama. Wacana ini mungkin diharapkan menjadi pintu kepada mereka yang mahu tahu lebih lanjut tentang kemasukan Islam ke Terengganu. Sekaligus mencari semula jati diri yang masih samar di dalam diri masing-masing.

Aku harap lebih ramai daripada kita yang sekarang ini sedang cuba meminati sejarah.

1982. Seorang blogger, penulis separuh masa & peminat muzik. Poser revolusioner. Into religi-spiritual/sejarah/mitologi/supermassive black hole/zombie/vampire/al-naz maju. Percaya Tuhan berikan akal untuk digunapakai. Percaya pemikiran tidak wajar disekat-sekat. Percaya Tuhan tidak takut kepada akal manusia. Percaya politik lokal sebagai lubuk buat bangsat. Percaya bahawa satu-satunya yang membuatkan negara ini kelihatan islam dari luar ialah masjid.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved