ads

Isnin, 2 Jun 2014

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Majlis Penyerahan Kunci kepada Mangsa Banjir <b>di Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 08:55 AM PDT

image

Majlis serah kunci rumah kepada mangsa banjir Kemaman

16 Mei 2014, Kg.Teladas Air Putih, Kemaman :
Satu majlis simbolik telah diadakan bagi penyerahan secara rasmi kunci rumah mangsa banjir di Kemaman akhir tahun lepas. Tiga buah rumah mangsa banjir tersebut berjaya dibina semula dengan bantuan keewangan serta tenaga dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Pembinaan rumah- rumah tersebut adalah sebahagian besarnya mendapat tajaan penuh daripada Maybank Islamik Berhad di bawah program CSR (Community Service Responsibility) mereka dan diselia pembinaannya oleh Yayasan  Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Pemilik-pemilik yang bertuah tersebut ialah Sdr. Jasni Ahmad daripada Kg.Teladas, Sdr. Johari Jusoh daripada Kg. Seberang Tayur, dan Sdr. Asri Yahya daripada Kg.Air Putih. Yayasan Amal telah diwakili oleh Dr. Suhazeli dan Maybank Islamik Berhad diwakili En. Nor Azlan daripada Maybank Islamik Cawangan Kuantan. Bantuan Keewangan dan tenaga kepada mangsa banjir tersebut dinilai daripada tahap kemusnahan rumah yang berlaku semasa banjir besar tahun lepas di mana rumah-rumah mereka hancur musnah dibawa arus deras banjir. Program dimulakan dengan ucapan wakil Tuan Rumah, ucapan wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dan ucapan wakil Maybank. Seterusnya ialah simbolik penyerahan kunci kepada semua penerima dan disusuli lawatan tapak sekitar dalam rumah yang dibina.
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak bagi mengjayakan pembinaan semula rumah-rumah tersebut. Beliau juga mengharapkan kerjasama sosial bersama badan kewangan seperti ini diterukan lagi pada masa akan datang.

Laporan dari
SUK YAMCT

Share with others

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved