ads

Selasa, 3 Jun 2014

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tarik Pelancong Ke Kelab Golf <b>Bukit Besi</b> - teganukita.my

Posted: 12 Apr 2014 06:01 AM PDT

golf-6

Dato' Seri Ahmad Said menunjukkan bakap menyertai pertandingan golf jemputan sempena Majlis Perasmian Kelab Golf Bukit Besi di Bukit Besi, Dungun, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra.

Dalam usaha menarik lebih ramai pelancongan dan peminat sukan golf ke negeri ini, Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukkan RM850,000 bagi menambah baik infrastruktur Kelab Golf Bukit Besi, Dungun.

Perutukan itu diagihkan melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi menambah baik prasarana asas di kelab itu.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan itu berdasarkan kepada potensi yang dimiliki kelab golf itu untuk lebih mahu pada masa hadapan.

Beliau melahirkan keyakinan, usaha yang dilaksanakan itu mampu menarik lebih ramai pengunjung luar dan pelancong ke Dungun.

"Sewajarnya pihak berkaitan perlu perbanyakkan program dan pertandingan di kelab golf ini sebagai langkah menambah bilangan ahli sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kelab Golf Bukit Besi, di Dungun hari ini.

golf-1

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, YB. Roslee Daud dan Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud.

Sementara itu, Pengerusi kelab itu, Zakaria Awang berkata, kelab kini berwajah baru dengan pelbagai kemudahan infrastruktur tambahan setelah melalui proses menaik taraf dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.8 juta.

"Rumah kelab baru itu dinaiktaraf bagi menggantikan rumah kelab asal yang dibina sejak 22 tahun lalu kini mempunyai kemudahan yang lebih lengkap termasuk empat unit banglo dan 16 unit chalet untuk penginapan anggota kelab, pejabat, bilik mesyuarat dan kafeteria serta kedai menjual peralatan golf.

golf-5

"Proses naik taraf itu diharap mampu menarik kedatangan lebih ramai pemain golf dari dalam dan luar negara selain penganjuran lebih banyak kejohanan golf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Kelab ini mempunyai lapangan 18 lubang di kawasan seluas 300 ekar, malah ini adalah satu-satunya padang golf yang dikekelingi tasik semulajadi dan masih kekal terpelihara dari sebarang pencemaran," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved