di negeri terengganu - Google Blog Search |
Kerajaan <b>Negeri</b> Luluskan Pembinaan Litar Lumba <b>Di</b> Gong Badak Posted: 03 May 2014 09:28 PM PDT Kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan sebuah litar lumba berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Terengganu sebagai usaha menangani kegiatan lumba Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerja-kerja tapak akan dimulakan tahun ini dan beliau yakin dengan kewujudan litar lumba tersebut dapat mengurangkan masalah mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman pengguna jalan raya yang lain. Katanya, pembinaan litar itu juga sebagai medan mencungkil lebih ramai bakat baru dalam sukan permotoran, sekali gus melahirkan pelumba profesional dalam kalangan anak Terengganu yang mampu menaikkan nama negeri dan negara ke peringkat lebih tinggi. "Kalau ada bakat-bakat yang hebat, kerajaan negeri sentiasa bersedia membiayai mereka ini untuk menjadi pelumba profesional," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup Karnival Permotoran Terengganu 2014 di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam. Katanya, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan tender untuk membina tiga buah asrama sukan di kawasan Kompleks Sukan Gong Badak dalam masa terdekat di mana setiap satu boleh memuatkan 350 orang. "Apabila siapnya asrama yang turut dilengkapi dengan kemudahan kafeteria, perkhidmatan dobi serta trek jogging ini, lebih 1000 atlet boleh manfaatkannya untuk mengikuti sesi latihan pada satu-satu masa," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan