ads

Isnin, 12 Mei 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Program Mamogram, Khidmat Bantu <b>Di</b> Rumah KPI Kesihatan <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 10:39 PM PDT

Dua pusat dialisis baru, 100 wanita di setiap parlimen perlu menjalani pemeriksaan mamogram dan 100 peserta menyertai Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services) di seluruh Terengganu pada tahun ini.

Program itu antara sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) portfolio kesihatan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat negeri sebagai menyokong satu daripada 11 Bidang Keberhasilan Utama Negeri (SKRA), iaitu Mempertingkatkan kualiti Kehidupan Rakyat.

Pengerusi jawatankuasa portfolio itu, YB Muhammad Pehimi Yusof berkata, sasaran yang ditetapkan menerusi SKRA jelas menjadi tunjang untuk menacapai gasasan negeri, Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

"KPI menerusi portfolio saya ini membuktikan kerajaan amat prihatin, cakna dan mementingkan kesihatan serta kebajikan rakyat khususnya golongan yang miskin dan memerlukan pembelaan sewajarnya."Bagi menjayakan KPI ini, pegawai kerajaan memerlukan kerjasama pemimpin setempat seperti JKKK selaku jentera kerajaan di peringkat akar umbi supaya peka dengan masalah dan keperluan masyarakat sekeliling agar rakyat tidak tercicir dari mendapat kemudahan itu," katanya kepada Teganukita.my, hari ini.Selain tiga sasaran dalam aspek kesihatan, KPI lain bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat termasuk menetapkan 100 penerima bantuan sedia ada mampu berdikari melalui aktiviti keusahawanan menerusi Program Bantuan Kebajikan Masyarakat, 360 pasangan menyertai Program Bulan Madu Kedua dan 50 pasangan di setiap parlimen menyertai Perkahwinan Perdana 1 Terengganu (PP1T) pada 2014.Selain KPI bagi menyokong SKRA menerusi Program Transformasi Terengganu (PTT) yang dilancarkan Menteri Besar, pada selasa lalu,  Muhammad Pehimi berkata, kerajaan juga memperkenalkan pelbagai inisiatif dan bantuan kesihatan serta kebajikan lain yang tiada di mana-mana negeri, sejak dahulu lagi.

"Kita memperuntukkan RM77 juta bagi mengisi tabung dana khas yang bertujuan untuk pembangunan kesihatan negeri sejak 2008 sehingga tahun lalu. Malah, sejumlah RM500,000 lagi ditambah baru-baru ini untuk dana perubatan yang menjadikan keseluruhan RM2.5 juta, semata-mata meningkatkan taraf kesihatan rakyat Terengganu.

Tabung Dana Khas terbahagi kepada dua iaitu bertujuan menaiktaraf perkhidmatan perubatan (RM62 juta) dan kebajikan sosial perubatan (RM15 juta).

Selain itu, kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu memperuntukkan RM22 juta bagi membuka pusat perubatan pakar harian, Pusat Perubatan iHeal bertempat di Midvalley, Kuala Lumpur dengan menguasai 60 peratus kepentingan sahamnya.

"Pusat Perubatan iHeal merupakan pusat perubatan pertama seumpamanya milik kerajaan negeri, dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Multislice CT Scan tercanggih yang mengandungi 640 slice berharga lebih RM8 juta, dibangunkan untuk orang ramai termasuk rakyat Terengganu yang memerlukan rawatan pakar dan segera disebabkan penyakit kronik.

"Bukan sahaja iHeal, Kerajaan Terengganu juga mempunyai empat lagi pusat perubatan iaitu Kelana Jaya Medical Centre di Selangor, Kuantan Medical Centre di Pahang, Taman Desa di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu Specialist Hospital di Terengganu," katanya.

Beliau berkata, keprihatinan kerajaan tidak terbatas kepada pesakit jantung sahaja kerana pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan menggunakan mesin hemodialisis juga diberi tumpuan apabila menyediakan 128 mesin hemodialisis bernilai RM16 juta kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu yang merawat 467 pesakit.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved