ads

Selasa, 6 Mei 2014

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


RUSUHAN BERSENJATA <b>DI WAKAF TAPAI</b> | PORTAL PAHANGKU

Posted: 09 Apr 2014 06:30 AM PDT

Kuala Terengganu - Dua cedera dalam satu kejadian rusuhan bersenjata melibatkan dua kumpulan akibat pertikaian dipercayai berkaitan hutang di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 23 dan 32 tahun serta seorang perempuan berusia 17 tahun, dipercayai teman wanita salah seorang suspek yang ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berlaku berhadapan dengan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Wakaf Tapai.
"Berdasarkan maklumat awal, sekumpulan tujuh lelaki dan seorang perempuan telah menaiki dua kereta untuk berjumpa dengan sekumpulan lagi yang terdiri daripada lapan lelaki untuk berbincang mengenai masalah hutang.
"Dalam pertemuan itu, tiba-tiba kumpulan yang berada di Wakaf Tapai telah menyerang kumpulan satu lagi dengan pedang dan parang.
"Dua daripada mereka mengalami kecederaan selepas diserang sebelum mereka melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.
Susulan itu, pihak polis menahan tiga orang iaitu dua yang cedera dan seorang perempuan.
Polis kini sedang mengesan 13 lagi individu daripada kedua-dua kumpulan.
Manoharan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu terbabit dan telah memeriksa rumah mereka.
"Suspek lelaki yang berusia 23 tahun telah mengalami kecederaan di belikat kanan dan pergelangan tangan kanan, manakala seorang lagi suspek berusia 32 tahun cedera di bahagian belakang.
"Tangkapan dibuat semasa mereka sedang menerima rawatan di hospital dan semasa membuat laporan di balai polis," katanya.
Kata Manoharan, pihaknya percaya kebanyakan suspek berasal dari Marang dan Kuala Terengganu.
"Kita juga berjaya merampas salah sebuah Persona yang digunakan kumpulan terbabit dan daripada kereta ini, kita menemui dua bilah pedang samurai, sebilah parang, satu buku lima dan satu badik," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata dan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.
"Pihak polis menasihati semua yang terlibat untuk segera menyerah diri sebelum mereka ditangkap.
"Ahli keluarga atau rakan diminta turut menasihatkan individu terbabit agar menyerah diri. Kita sudah kenal pasti dan sedang mengesan mereka," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved