ads

Rabu, 7 Mei 2014

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Usrah Keluarga ISMA cetus kesepakatan masyarakat <b>di Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2014 07:14 PM PST

IMG-20140207-WA0016

CHUKAI - Program Usrah Keluarga anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman baru-baru ini berjaya mengumpulkan keluarga daripada pelbagai latar belakang sekaligus telah membuktikan bahawa dakwah ISMA diterima di kalangan masyarakat Islam di sini.

"Potensi masyarakat di Kemaman untuk menerima perkembangan dakwah ISMA kini jelas kelihatan apabila sambutan yang diterima daripada keluarga-keluarga yang telah didekati ISMA Kemaman adalah amat memberangsangkan," tegas Puan Norlydiawati Dzulkifli selaku Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA Kemaman.

Sambung Norlydiawati lagi, "Melalui Usrah Keluarga anjuran BKM ini, lebih daripada 70 orang peserta telah berjaya dikumpulkan atas dasar persaudaraan Islam dan kehadiran mereka berjaya diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah digariskan oleh ISMA dan sangat bermanfaat."

"Maklum balas yang diterima daripada peserta program amat memberangsangkan dan para peserta begitu berminat untuk mengenali ISMA dengan lebih mendalam," jelas Norlydiawati.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan serentak semasa Usrah Keluarga kali ini termasuk sesi berkenalan dan perkongsian pengalaman di kalangan wanita, aktiviti riadah sukan di kalangan peserta lelaki dan slot pengurusan diri untuk anak-anak dengan konsep santai berkelah di tepi pantai menunjukkan program sebegini mampu mengikat hubungan sesama peserta yang berpanjangan.

Secara tidak langsung, pertemuan ini telah menjadi titik tolak untuk para peserta wanita berbincang dan bertukar pendapat dan pengalaman tentang usaha menjana ekonomi mengikut kepakaran masing-masing.

Hasrat Norlydiawati agar Usrah Keluarga anjuran BKM akan tetap berperanan besar membuka mata ahli ISMA untuk lebih ramai masyarakat mengenali dan menyertai agenda pembangunan umat Islam di ISMA.

Walaupun program ini dibuka hanya kepada ahli ISMA dan keluarga terdekat, namun mana-mana individu boleh menyertai keahlian ISMA dengan mengisi borang keahlian di www.ismaweb.net/ahli atau menghubungi talian hotline ISMA Kemaman 018-966 1500.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved