ads

Sabtu, 24 Mei 2014

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Polis Kenal Pasti Suspek Terbabit Samun ATM <b>Di Besut</b> - MyNewsHub

Posted: 22 May 2014 12:04 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu sudah mengenal pasti seorang daripada empat suspek yang menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Raja, Besut, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata mereka juga dipercayai kumpulan sama yang melakukan jenayah serupa di Kelantan sebelum ini.

"Modus operandi yang diguna hampir sama selain jumlah suspek juga sama," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya usaha memburu suspek dilakukan oleh satu pasukan khas.

Dalam kejadian 5.55 pagi itu, empat lelaki bertopeng hanya mengambil masa lima minit untuk memecahkan dan melarikan wang tunai RM160,000 daripada sebuah ATM Bank Rakyat Cawangan Jerteh.

Melalui rakaman kamera litar tertutup, suspek sebelum itu menggunakan kereta untuk menarik keluar sebuah daripada empat ATM yang terletak berhampiran sebuah pasar raya ketika pengawal keselamatan bersolat Subuh. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved