Selasa, 20 Mei 2014

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Bloglist Malaysia: Adun <b>Ajil</b> Akhirnya Kembalik Melutut <b>Di</b> Kaki Umno

Posted: 13 May 2014 11:34 PM PDT

Adun Ajil Akhirnya Kembalik Melutut Di Kaki Umno

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib kini makin hampir untuk melakukan pusingan 'U' dengan menarik balik keputusan keluar UMNO.

Ketika ini, perbincangan masih lagi berlangsung antara kepemimpinan parti dengan Ghazali yang mengisytiharkan beliau sebagai wakil rakyat Bebas di Terengganu.


Ghazali mengemukakan surat keluar UMNO pada hari sama bekas Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berbuat demikian, iaitu malam Isnin.

Sebelum ini, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik keputusannya untuk keluar Umno beberapa jam selepas berbuat demikian pada pagi Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan keputusan Roslee turut memaklumkan mengenai kemungkinan Ghazali mengikut jejak rakannya itu.

Jika Ghazali membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, bermakna kedudukan Barisan Nasional (BN) lebih selesa dengan 17 kerusi, termasuk Speaker berbanding Pakatan Rakyat 15, termasuk 14 kerusi PAS.

Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditanya pada pagi Rabu, sama ada Ghazali sudah membuat keputusan untuk kembali bersama UMNO bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads