ads

Ahad, 6 April 2014

13 di setiu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Warden mati lemas ketika memancing <b>di Setiu</b> - Kosmo

Posted: 02 Apr 2014 09:26 AM PDT

Warden mati lemas ketika memancing di Setiu

Warden mati lemas ketika memancing di Setiu

02/04/2014 7:52pm

SETIU - Seorang warden penjara ditemui mati lemas di Sungai Tong di sini kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Mayat Kamaruzaman Mohd. Zain, 34, yang bertugas di Penjara Marang ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira satu setengah kilometer dari kawasan mangsa dipercayai mula-mula hilang.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Ab. Rahman Raja Mohamed berkata, mangsa bersama lima rakannya memancing di Sungai Tong di Lata Papan Payong petang semalam.

"Kira-kira pukul 4.30 petang, hujan turun dengan lebat di hulu sungai menyebabkan arus deras mengalir ke kawasan mangsa dan rakannya memancing.

"Dalam keadaan itu, Kamaruzaman terjatuh ke dalam arus deras dan dihanyutkan air hingga hilang daripada penglihatan rakan-rakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan setelah pihak menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 7 malam dan mayat mangsa ditemui lebih enam jam kemudian. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved