Ahad, 27 April 2014

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Rangka manusia ditemui <b>di</b> Pantai <b>Rantau Abang</b> ABN News | BM

Posted: 25 Feb 2014 02:05 AM PST

DUNGUN – Seorang penduduk kampung yang bersiar-siar di sekitar di Pantai Rantau Abang di sini terkejut apabila menemui rangka seorang manusia di pesisir pantai berkenaan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, rangka manusia dengan keadaan separuh daripada badannya telah tiada itu ditemui pada kira-kira pukul 4.30 petang.

"Tiada sebarang identiti pada rangka tersebut dan pihak polis kini masih menyiasat kes berkenaan," katanya hari ini.

Ahmad Zailani berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan orang di sekitar kawasan tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Mayat dihantar ke hospital Dungun untuk dibedah siasat. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads