Rabu, 16 April 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


budak 5 tahun maut makan hidangan pasar malam <b>di kuala</b> <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 08:14 AM PST

Rasanya dalam musim yang tak menentu ini adalah lebih baik kalau kita kurangkan membeli makanan diluar. Kalau nak beli juga, pastikan kebersihan kedai dan gerai berkenaan. Ini kerana pelbagai kita akan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit. Apatah lagi kalau nak beli makanan di gerai tepi jalan dan pasar malam.

Dalam laporan berita terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia semalam akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam pada Sabtu lepas. Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

keracunan makanan

Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi. Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.

"Kira-kira 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong. Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya dalam laporan tersebut.

Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut. Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin masih lemah. Katanya lagi, sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit. Bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu. Pihaknya masih menunggu laporan daripada doktor berhubung kes itu dan jika berpunca daripada keracunan makanan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap peniaga terbabit.

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads