13 di kuala terengganu - Google Blog Search |
PAS memandang serius kejadian keracunan makanan <b>di Kuala</b> <b>...</b> Posted: 05 Mar 2014 08:07 AM PST 1. PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Ilme Mat Adam atas kematian anak lelakinya, adik Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme akibat dari keracunan makanan pada hari Isnin, 3 Mac lalu. 2. Kejadian keracunan makanan ini sudah sampai peringkat wabak berlaku di sekitar Kuala Terengganu dengan jumlah mangsa setakat ini telah mencecah 101 orang yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kami difahamkan bahawa keracunan ini adalah berpunca dari makanan yang dibeli oleh mangsa di Pasar Malam Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr. Haji Anwa Sulaiman atas kepantasan pasukannya bertindak, apabila dimaklumkan bahawa, pihaknya sudahpun mengenal pasti tiga peniaga pasar malam yang terlibat dengan kes keracunan makanan ini. 3. PAS Negeri Terengganu memandang serius kejadian ini dan mendesak tindakan drastik dari pihak MBKT dan juga kerajaan negeri. Langkah-langkah penjagaan kebersihan perlu diperketatkan dengan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 & Kebersihan Makanan 2009. 4. Pas Negeri Terengganu menggesa kerajaan negeri memperkemaskan prasarana yang mencukupi di semua lokaliti pasar malam seperti paip bekalan air bersih, tapak pasar minggu yang bertar bagi mengurangkan masalah debu, sistem kumbahan yang teratur dan pembuangan sisa buangan yang sistematik. Disamping itu juga bertindak tegas atas kecuaian dari aspek kebersihan yang dilakukan oleh para peniaga. Kami juga menyarankan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menyiasat mana-mana peniaga yang tidak mematuhi aspek kebersihan ini termasuk tidak mengambil suntikan thypim, agar dikenakan hukuman yang lebih berat, supaya menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. Suntikan ini penting bagi memastikan setiap pengendali makanan bukan pembawa kepada kuman berbahaya Salmonella Thypii. 5. Pas Negeri Terengganu juga menggesa MBKT mengazetkan secara khusus lokaliti setiap pasar malam agar setiap pengusaha tidak terpaksa berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang tidak terjamin kebersihannya. 6. PAS Negeri Terengganu juga menyeru kepada semua peniaga-peniaga di Terengganu yang majoritinya Islam, agar menitikberatkan soal kebersihan, sesuai dengan saranan Islam, Kebersihan Itu Sebahagian Dari Iman. 7. Kami juga menyeru agar orang ramai mengamalkan sikap yang lebih serius memilih untuk membeli di gerai-gerai atau kedai-kedai yang diketahui benar-benar menjaga kebersihan sahaja bagi mengelakkan kejadian ini dari berulang. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Penerangan BPPNT 2 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 05 Mac 2014 |
You are subscribed to email updates from di kuala terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan