13 di kuala berang - Google Blog Search |
mayat ado <b>kuala terengganu</b> ditemui terapung <b>di</b> sungai kuala <b>...</b> Posted: 17 Feb 2014 04:51 PM PST KUALA TERENGGANU - Penolong Pergawai Daerah (ADO) Kuala Terengganu yang dilaporkan hilang Sabtu lepas, hari ini ditemui mati di Sungai Tajin, Kuala Berang di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata mayat Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, ditemui terapung di sungai itu kira-kira 10.30 pagi ini oleh tiga remaja lelaki yang sedang memancing di sungai berkenaan dan melaporkannya kepada polis. "Mayat masih lengkap berpakaian kemeja T berwarna oren serta berseluar track. Kita percaya mayat berkenaan adalah mayat mangsa yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga mangsa," katanya dalam sidang media di sini. Menurutnya siasatan lanjut berhubung insiden itu sedang dijalankan dan polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih dari tempoh 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung. Beliau berkata hasil siasatan ke atas mayat berkenaan, polis menjumpai kunci kereta jenis Audi di dalam poket seluarnya. Manoharan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bernama |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan