ads

Rabu, 19 Mac 2014

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Bomba berjaya padam kebakaran belukar <b>di Kemaman</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 08:34 PM PST

KEMAMAN – Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu  berjaya memadam kebakaran hutan belukar seluas kira-kira 202 hektar berhampiran kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini.

Kebakaran mula dikesan sejak semalam dan berjaya dikawal daripada merebak ke tapak projek pembinaan kilang besi keluli Eastern Steel Sdn Bhd yang masih dalam proses pembinaan.

Pegawai Operasi Bomba Zon II Terengganu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 5.22 petang Selasa.

Katanya sebaik menerima laporan, seramai 25 anggota bersama empat jentera dari balai Chukai dan Kerteh dikejarkan ke tempat kejadian.

"Operasi pemadaman dilakukan tanpa henti walaupun pada waktu malam dan sehingga jam 3 petang semalam, kawasan hutan yang terbakar adalah seluas kira-kira 202 hektar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian semalam.

Menurut Mohd Zailani, pihaknya mengalami sedikit kesukaran menjalankan operasi pada waktu petang berikutan cuaca panas, kering dan berhabuk diburukkan lagi dengan keadaan tiupan angin kencang angin yang menyebabkan api cepat merebak selain sumber air juga terhad.

Katanya arah tiupan angin tidak menghala ke kilang sebaliknya menghala ke kawasan penempatan penduduk Kampung Ibok dan Bukit Takal dan pihaknya terpaksa mengawal daripada merebak ke kampung berdekatan.

Beliau berkata sehingga jam 3 petang semalam, kira-kira 10 telaga di gali di kawasan itu sebagai sumber air kepada pasukan bomba untuk memadamkan kebakaran ekoran tapak kawasan perindustrian itu yang jauh dari pili bomba.

Beliau berkata untuk menggali telaga di sekitar kawasan hutan belukar yang terbakar itu pihaknya mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan kilang keluli berkenaan yang menyediakan sebuah jengkaut.

"Memandangkan tanah di tapak industri ini tanah liat, jadi terdapat banyak mata air di kawasan ini dan kita gali telaga atau kolam yang berkedalaman kira-kira lima meter untuk mendapatkan sumber air," katanya.

Jelasnya, kebakaran dipercayai berpunca dari cuaca panas dan kering yang berlaku di seluruh negara ketika ini, namun untuk kepastian punca kebakaran di kawasan itu masih dalam siasatan lanjut pihaknya.

Sementara itu Mohd Zailani berkata sehingga jam 3 petang semalam, pihak bomba menerima 672 panggilan kebakaran di seluruh negeri. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved