ads

Sabtu, 29 Mac 2014

13 di jerangau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Budak 3 tahun maut, ibu bapa parah dalam kemalangan <b>di</b> Jalan <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2014 07:15 PM PDT

Keadaan kereta mangsa selepas terbabit kemalangan di Jalan Jerangau-Jabor.

"Lepas dengar bunyi letupan kuat seperti tayar lori pecah, saya segera keluar dari kedai dan lihat mangsa tiga beranak tersepit di dalam kenderaan yang remuk teruk," kata pemilik restoran, Ishak Abdul Rahman, 51, yang menjadi saksi nahas mengorbankan seorang kanak-kanak, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam di Kilometer 139.4 Jalan Jerangau-Jabor, Air Putih di hadapan restoran milik Ishak itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang dipandu Hasmizi Che Lah, 30, seorang guru di sebuah sekolah di Temerloh, Pahang merempuh sebuah treler balak tanpa muatan.

Perlanggaran kuat itu mengakibatkan mangsa tiga beranak tersepit dan anaknya, Nur Aina Marissa, 3, yang diriba isterinya meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Air Putih.

Hasmizi dan isterinya, Norafzalumi Ghazali, 30, yang bekerja sebagai jururawat di Temerloh pula mengalami kecederaan parah dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Cheneh tiba.

Ishak berkata, ketika keluar menjenguk, orang ramai sudah mengerumuni MPV dan lori berkenaan serta cuba mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan yang hancur.

"Jadi saya tolong kawal lalu lintas dan masa itu saya dengar suara isteri pemandu mengerang kesakitan. Walaupun cedera parah, pemandu dan isterinya masih sedarkan diri ketika orang ramai cuba keluarkan mereka dari kereta.

"Lepas kira-kira 20 minit bertungkus-lumus barulah kedua-duanya dapat dikeluarkan. Semasa dikeluarkan, saya lihat tulang kaki mangsa wanita terkeluar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, Hasmizi sekeluarga dalam perjalanan pulang dari bercuti di kampungnya di Bachok, Kelantan menuju ke Kuantan.

Menurutnya, sebuah treler dipandu lelaki berusia 67 tahun yang datang dari arah sama secara tiba-tiba membuat pusingan U di lokasi kejadian menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar treler berkenaan.

"Pegawai perubatan mengesahkan anak pemandu meninggal dunia sebaik tiba di klinik.

"Guru terbabit dan isterinya pula dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Kata Che Suza, mayat anak pasangan itu kemudian dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dituntut waris kira-kira jam 11 pagi semalam untuk dikebumikan di kampung halaman ibunya di Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan.

Sementara itu, Hasmizi yang patah paha dan isterinya yang patah kaki dihantar mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang, pada jam 7 pagi semalam.-Sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved