Sabtu, 1 Februari 2014

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


5 Gambar Buaya Tembaga 4.8 Meter Mati Tersangkut Pukat <b>dI Setiu</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 06:40 PM PST



Buaya kalau besar camni, kalau dekat Sarawak, mungkin biasa je. Tapi kali ni kat Semenanjung Malaysia pun ada, Lihat 5 gambar buaya tembaga terlekat di pukat nelayan di Setiu Terengganu.

SETIU – Seorang nelayan dari Kampung Beris Tok Ku terkejut apabila pukat yang dipasang di Sungai Bari dekat sini tersangkut seekor buaya betina spesies tembaga berukuran kira-kira 4.8 meter dengan berat kira-kira 500 kilogram di sini kelmarin.

Reptilia berusia kira-kira lebih 30 tahun itu dikatakan kekenyangan selepas makan seekor babi sebelum tersangkut di pukat yang dipasang oleh nelayan berkenaan.

Seorang penduduk, Hussin Mamat, 57, memberitahu, kejadian itu disedari oleh nelayan terbabit yang juga rakannya semasa dia pergi ke Sungai Bari untuk melihat pukatnya pada kira-kira pukul 9 pagi.

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE

1 terbunuh, 9 cedera dalam nahas <b>di Setiu</b> ABN News | BM

Posted: 26 Jan 2014 02:00 AM PST

SETIU  – Seorang terbunuh manakala sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Km 65.5 Jalan Kuala Terengganu- Kampung Raja dekat Kampung Beris Tokku di sini semalam.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mat Noor Jaafar, 69, dari Kampung Pengkalan Kubor, Tembila, Besut yang memandu kereta Proton Wira.

Beliau yang cedera pada badan dan kepala meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Daerah Setiu.

Anaknya Noor Hayati Sakilar, 39, patah tulang bahu kiri sementara yang turut berada dalam kereta itu dan cedera ringan ialah adik kepada Noor Hayati iaitu Saifazdz Erina, 24; Noor Suraiti Baharim, 15, dua orang adiknya Nur Shahirah Fazly, 13, dan Muhammad Rahyidi Asraff, 8; Puteri Nor Nurmarha Balqissya Amran, 8, dan Muhd Syahmin Muhazzab, 6.

Mereka yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di hospital tersebut.

Sementara dua lagi yang cedera ialah pemandu Perodua Myvi iaitu Mohamad Sabor Sidam, 47, dan penumpangnya Sarimah Othman, 50, dari Kampung Surau Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta Proton Wira Hatchback tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.09 petang apabila kereta yang dipandu Mat Noor dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan kereta Myvi berkenaan.

Kereta Proton Wira Hatchback yang mengekori kereta Myvi itu juga dilaporkan tidak sempat mengelak lalu melanggarnya dari arah belakang, katanya.

Raja Mohamad berkata, pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang  terperangkap di dalam kenderaan.  - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads