Sabtu, 8 Februari 2014

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Penyu cedera dirawat <b>di Rantau Abang</b> | The Malaysian Times

Posted: 01 Jan 2014 10:35 PM PST

*Gambar Hiasan

*Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU, 2 Jan: Seekor penyu lipas yang cedera dan dijumpai terdampar di pantai Cherang Laut, Tawang, Kelantan semalam kini dirawat di Pusat Penyelidikan dan Ekosistem Marin (Tumec), Rantau Abang.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata penyu berumur 10 hingga 12 tahun itu bukan daripada keluarga penyu belimbing seperti yang didakwa penduduk kampung Padang Nibong, Bachok, Kelantan.

"Kita dalam proses untuk rawat penyu itu di Pusat Penyelidikan dan Ekosistem Marin Rantau Abang setelah dibawa ke sini semalam,"  katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan penyu itu dijumpai seorang remaja, Mohd Farid Ismail, 17, ketika beliau sedang beriadah bersama-sama rakan di tepi pantai berkenaan.

Berita penemuan penyu itu menarik perhatian ribuan penduduk sekitar.

Abdul Khalil berkata beberapa kali penyu itu telah diusung dan diletakkan di dalam air namun hidupan laut itu datang semula dan merangkak di pantai, lapor Bernama.

Katanya penyu itu cedera dan sebelah kakinya terputus kemungkinan tersangkut pada pukat.

Sementara itu, Ketua Pusat Tumec Syed Abdullah Syed Abdul Kadir pula berkata pegawai perubatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan merawat penyu itu.

Beliau berkata penyu berkenaan kini dalam keadaaan stabil dan Tumec tidak akan melepaskannya sehingga ia benar-benar sembuh.

Banjir: Jom Derma mangsa banjir <b>di</b> DUN <b>RANTAU ABANG</b>

Posted: 21 Dec 2013 12:00 AM PST

Dalam persiapan agihan kepada mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing.Petugas pemuda sedang menyiapkan bungkusan untuk lebih kurang 200 keluarga.Sumbangan daripada orang ramai bagi membantu mangsa banjir di DUN RANTAU ABANG amatlah
diharapkan.Kepada para penyumbang boleh memberi sumbangan melalui...

1. MAYBANK - 163091056151 ( AHMAD FAUZI BIN ALI )
Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Rantau Abang Dungun

2. BIMB -MTD PAS RANTAU ABANG
Pemegang Amanah :-
130440-100-24711
JAMALUDDIN ISMAIL : 019-9836202
HJ ANUAR ABU BAKAR : 019-9562190


Sila nyatakan jumlah kepada penama diatas untuk sebarang sumbangan."BERKAT UNTUK SEMUA" "INFIRU"

 sumber fb Penerangan R Abng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads