Ahad, 2 Februari 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


MAIDAM salur bantuan RM187,000 kepada 201 mangsa <b>di Kemaman</b>

Posted: 30 Dec 2013 02:54 PM PST

KEMAMAN: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) semalam menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM187,000 kepada 201 mangsa banjir terdiri daripada asnaf dan fakir miskin di Kemaman.

Pengarah Jabatan Baitulmal Maidam Mohd Noor Mohamad berkata kesemua penerima terbabit diberi bantuan pasca banjir setelah rumah mereka mengalami kerosakan teruk akibat ditenggelami banjir hingga paras bumbung.

"Hari ini (semalam), isi rumah yang terdiri daripada dua anggota keluarga menerima RM500 manakala isi rumah lebih dari tiga orang pula menerima RM1,000.

"MAIDAM juga memberi bantuan tunai RM100 kepada setiap orang anak mangsa banjir yang masih bersekolah sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian sumbangan bantuan itu oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia selaku Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini semalam.

Pada majlis itu juga, MAIDAM turut memberi sumbangan berjumlah RM500,000 kepada enam buah masjid dan 21 buah surau yang terjejas banjir di Kemaman melalui peruntukan yang disalurkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ketika banjir melanda Kemaman awal bulan ini, MAIDAM juga menyalurkan bantuan barangan keperluan dan makanan bernilai RM50,000 kepada mangsa banjir di dua pusat pemindahan iaitu SK Banggol dan SK Pusat di sini.

Beberapa penerima bantuan yang ditemui Bernama, bersyukur dengan wang tunai yang diterima kerana ia dapat digunakan untuk membeli barangan dapur dan pakaian terutama untuk sesi persekolahan yang bermula Rabu ini di negeri ini.

Seorang ibu tunggal, Zainab Ismail, 40 berkata beliau mahu membeli pakaian pada peralatan persekolahan anaknya hari ini.

"Rasa terubat sedikit hati kakak dengan bantuan ini dan bersyukur dengan keprihatinan pelbagai agensi kerajaan kepada kami setakat ini," kata ibu tujuh anak ini.

Wok Abdullah, 60, pula mahu menggunakan wang RM500 yang diterimanya untuk membeli tilam, almari dan peti sejuk terpakai memandangkan kesemua peralatan elektrik dan perabot di rumahnya musnah dalam bencana banjir itu.

Makcik ni hanya harap duit sumbangan anak-anak sahaja untuk makan pakai setiap hari…dengan adanya duit ini, bolehlah nak buat tambah-tambah beli apa yang patut," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads