ads

Rabu, 12 Februari 2014

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


nursyafiqah abdullah budak 2 tahun mati dibunuh <b>di dungun</b>

Posted: 22 Jan 2014 04:42 PM PST

Nursyafiqah Abdullah Budak Umur 2 Tahun Mati Dibunuh Di Dungun

gambar nursyafiqah adawiyyah abdullah budak umur 2 tahun mati dibunuh di dungun nursyafiqah abdullah budak 2 tahun mati dibunuh di dungun

Selepas penemuan mayat seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah yang ditemui mati dan dipercayai dibunuh di lokasi rumah kosong  di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa (21 Januari 2014) pihak polis kini menahan empat suspek

Keempat-empat suspek yang ditahan itu bagi membantu siasatan berhubung kematian Nursyafiqah Abdullah terdiri daripada kekasih dan ibu mangsa juga dua rakan suspek utama masing-masing berusia 25 tahun

Menurut laporan kekasih ibu mangsa itu merupakan suspek utama yang ditahan

Siasatan polis turut mendapati kekasih ibu mangsa itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat (17 Januari 2014)

Dalam pada itu, hasil siasatan polis mendapati laporan ibu mangsa Rabiatul Adawiyah Mamat berumur 28 tahun pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercayai dibuat atas paksaan kekasihnya

gambar rumah nursyafiqah adawiyyah abdullah budak umur 2 tahun mati dibunuh di dungun 3 nursyafiqah abdullah budak 2 tahun mati dibunuh di dungun

Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada Rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu

Sebelum ini, Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang

Ibu mangsa, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang

Berikut adalan video laporan berkaitan kematian Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan oleh Astro Awani

Pengawal keselamatan jumpa mayat kanak-kanak berusia 2 tahun di rumah kosong  di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Dungun, Terengganu

Laporan awal Ibu mangsa mengenai kehilangan Nursyafiqah Abdullah pada Jumaat dan laporan tersebut dipercayai palsu

Polis juga memburu individu pertama yang muat naik foto pembunuhan Nursyafiqah Abdullah di internet menerusi media sosial

Tarikh Info: 23 January 2014, Khamis

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved