ads

Isnin, 17 Februari 2014

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Misteri Alam Maya: Sejarah <b>Bukit Besi</b>..

Posted: 23 Nov 2013 04:36 AM PST


Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan.

Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik.Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda. Di Bukit Besi juga terletaknya Tasik Puteri.

Kronologi

1916

Ahli kajibumi Jepun, Mr. Kuhara datang ke Dungun membuat kajian di konsesi Chemuak, Ulu Dungun dan mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak.

1927 an

Syarikat Kuhara Mining Ltd. menjalankan aktiviti perlombongan secara tidak rasmi. Syarikat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).

1929

13 Januari - Kerajaan Terengganu mengeluarkan 'mining lease' secara rasmi kepada NMC. Kawasan seluas 1,080 ek. ini terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132, iaitu pecahan daripada M.L. 75, kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.

Sebelum ini, Tengku Abu Bakar pernah memberi kebenaran kepada Wong Sin, seorang pengusaha lombong untuk membuka lombong bijih timah di situ, tetapi tidak begitu berjaya. Apabila NMC mengakui kawasan tersebut mengandungi bijih besi, Wong Sin telah menjual hak melombong di situ kepada NMC pada bulan Oktober 1917 dengan bayaran sebanyak $50,000.00.

Menurut kenyataan Encik Abdullah Awang, yang ditemuramah di rumahnya di Kemaman oleh Encik Mohd. Hairon Yasar pada 30 September 1975: Beberapa orang penduduk tempatan telah bercerita bahawa seorang pencari rotan telah menjumpai seketul batu yang berat menyerupai besi. Sebenarnya di kawasan itu usaha melombong pernah dijalankan pada tahun 1910 tetapi gagal kerana kawasan tersebut tidak mengandungi bijih timah, sebaliknya cuma terdapat haomatait sahaja.

1930

Pengurus lombong pertama, R.Kunada telah memulakan tugasnya pada bulan April 1930. Dalam tahun tersebut juga laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, pihak NMC terpaksa memberhentikan beberapa pekerja akibat kurangnya permintaan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun.

1934

Keadaan pulih semula. Para pekerja yang telah diberhentikan, diambil bekerja semula, malah ditambah dengan pekerja-pekerja baru.
Permintaan yang berterusan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun telah mendorong pihak syarikat meningkatkan pengeluaran.

1935

Jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).

1936

Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong.

Para pekerja perlombongan di Bukit Besi ini terdiri daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India dan Jepun.

1938

Peperangan antara China dengan Jepun - menyebabkan pekerja-pekerja Cina berhenti beramai-ramai, akibat daripada hasutan dan sentimen anti Jepun. Ini menyebabkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pihak pengurusan syarikat terpaksa mengambil pekerja-pekerja baru, sebahagian daripadanya diimport terus daripada India.

1945

Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC berakhir.

1946 – 1949

Darurat. Aktiviti perlombongan terhenti kerana tiada permintaan.

1948

Ogos, kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO).

Awal 1950an

EMMCO menjalankan aktiviti perlombongan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat Jepun.

Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Oleh itu tidak hairanlah jika pendapatan para pekerja perlombongan Bukit Besi ini menyamai atau lebih baik daripada para pekerja di jabatan kerajaan pada masa itu.

Pihak EMMCO juga telah mewujudkan banyak jabatan, seperti pejabat pos, pejabat ukur, pejabat kebajikan masyarakat dan sebagainya di zaman kegemilangan Bukit Besi.

Oleh kerana pengeluaran yang berterusan dengan jumlah yang besar, akhirnya bijih besi mula berkurangan dan akaun syarikat mula mencatatkan kerugian.

1970

1 Oktober - Mesyuarat Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit besi.

1971

8 September - Sektor perlombongan bijih besi ditutup. Ini memberi kesan bukan sahaja kepada penduduk di Bukit Besi, tetapi juga kepada Bandar Dungun. Bagi memastikan Bandar Dungun terus hidup, Kerajaan Terengganu telah membina sebuah cawangan ITM di sana. Pihak KETENGAH pula telah merancang pembangunan semula Bandar Bukit Besi. Berbagai kemudahan awam dan perniagaan, telah diwujudkan.

Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan. Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik. Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda.

MAJLIS PENYERAHAN eBOOK TAHUN 5 DUN <b>BUKIT BESI</b>, DUN <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 08:23 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Majlis Penyerahan eBOOK Tahun 5 2014 bagi DUN Bukit Besi, DUN Paka dan DUN Rantau Abang. Telah disempurnakan oleh Y.B. En. Roslee Bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved