Sabtu, 18 Januari 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Tempat Menarik <b>Di Kuala Terengganu</b> | iLuvTour

Posted: 01 Jan 2014 09:43 AM PST

Pada 21 Disember 2013 yang lepas kami di iLuvTour bersama rakan-rakan Blogger dari Blooggers Dot Com telah dijemput untuk melawat Negeri Terengganu yang memang terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan di Malaysia. Kami berada di Negeri Terengganu untuk tempoh 3 hari 2 malam dan semuanya ditaja sepenuhnya oleh pihak Sumai Hotel Apartment.

Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment. Seramai 10 orang Blogger dari Blooggers Dot Com dan seorang wakil dari iLuvTour sebagai photographer rasmi telah menyertai lawatan ini. Perjalanan kami ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 8 jam iaitu bermula dari jam 10 malam dan tiba pada jam 6.30 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kami semua lancar.

Bila bercerita mengenai Terengganu mesti ramai yang sudah terbayangkan pantai-pantainya yang cantik dan keenakkan keropok lekor panas bukan? Untuk pengetahuan anda sebenarnya banyak tempat yang menarik di Terengganu yang boleh anda lawat bersama rakan dan ahli keluarga. Tidak hairanlah Negeri Terengganu terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular bukan sahaja dikalangan masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Mari kita lihat apa yang menariknya di Kuala Terengganu ini.

Bukit Panorama

Bukit Panorama kuala terengganu

Pada hari yang pertama kami telah dibawa ke Bukit Panorama yang terletak tidak jauh dari Sumai Hotel Apartment. Perjalanan ke Bukit Panorama ini hanya mengambil masa 7 minit sahaja dari Sumai Hotel Apartment dengan menaiki kereta. Dari puncak bukit ni ini pula anda boleh lihat keseluruhan bandar Kuala Terengganu.

Bukit Panorama ini merupakan bukit kedua yang terkenal selepas Bukit Besar yang menjadi tumpuan mereka yang gemar beriadah pada awal pagi dan waktu petang. Yang pastinya, Bukit Panorama ni memang sesuai untuk mereka yang gemarkan alam semulajadi.

Masa yang paling terbaik untuk kesini adalah pada awal pagi kerana suasananya yang amat nyaman dan tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melapangkan fikiran, mencari ilham dan untuk menghilangkan 'stress' bekerja.

Muzium Negeri Kuala Terengganu

muzium negeri kuala terengganu

Setelah selesai menyedut udara nyaman di Bukit Panorama kami semua telah dibawa melawat Muzium Negeri Kuala Terengganu. Perjalanan ke Muzium Negeri Kuala Terengganu dari Sumai Hotel Apartment hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan menaiki kereta. Sekiranya anda ingin kesini, anda boleh berurusan terus dengan pihak Sumai Hotel Apartment dan mereka akan berikan harga tiket yang terbaik untuk anda.

Untuk pengetahuan anda juga, Muzium Negeri Kuala Terengganu ni merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan di sini juga terdapat pelbagai khazanah dan bahan sejarah yang rata-rata kita tidak tahu mengenainya. Terima kasih kami ucapkan kepada wakil dan pegawai dari Muzium Negeri Kuala Terengganu yang banyak memberikan penerangan kepada kami berkenaan apa yang ada di dalam muzium.

River Cruise Di Taman Tamadun Islam

river cruise tamadun islam

Hari yang kedua pula kami dibawa pula ke Taman Tamadun Islam yang terletak tidak jauh dari Muzium dan Sumai Hotel Apartment. River Cruise antara tarikan yang ada di Tamadun Islam dimana pengunjung boleh naik bot besar menyusuri sungai Terengganu dan menikmati pemandangan yang cantik dan keindahan alam di sekitar sungai Terengganu.

Para pengunjung juga akan dilengkapkan dengan baju keselamatan dan penerangan akan diberikan oleh wakil dari River Cruise Tamadun Islam berkaitan mengenai keselamatan, perkara yang dilarang dan tempat yang akan dilawati dengan menaiki River Cruise. Apa yang menariknya anda boleh lihat Masjid Kristal dari tepi sungai dengan menaiki River Cruise ini. Bagi sesiapa yang mabuk laut tu jika boleh sila elakkan dari naik River Cruise ini takut-takut ada pula perkara yang tidak di ingini berlaku.

Taman Monumen Di Taman Tamadun Islam

taman monumen taman tamadun islam

Selesai sahaja pusing satu Kuala terengganu dengan River Cruise kami semua terus ke Taman Monumen yang terletak di Taman Tamadun Islam. Di Taman Monumen ini mengumpulkan pelbagai replika masjid dari seluruh dunia yang terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri serta senibina yang luar biasa dan cantik di dalam satu kawasan. Setiap inci reka bentuk masjid yang ada di Taman Monumen ini dibina dengan amat teliti walaupun hanya replika.

Jadi pada anda yang ingin melihat serta mempelajari mengenai senibina masjid terkenal dari seluruh dunia anda bolehlah datang ke sini. Banyak yang anda boleh lihat dan pelajari mengenai tamadun islam disini.

Mencanting Batik

mencanting batik sumai hotel apartment

Negeri Terengganu popular dengan penghasilan batik. Jadi sekiranya anda melawat Negeri Terengganu dan lebih-lebih lagi di Kuala Terengganu jangan lepaskan peluang untuk ambil pengalaman mencanting batik. Ianya adalah pengalaman yang amat berharga. Ramai pelancong-pelancong luar yang datang ke Negeri Terengganu yang mencuba sendiri mencanting batik.

Untuk lawatan ini kami telah dibawa oleh pihak Sumai Hotel Apartment ke STR Batik Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Ibai Kuala Terengganu. Disini kami telah diberikan peluang untuk mencanting batik. Terus terang kami katakan, mencanting batik ni tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan yang paling penting adalah cara yang betul.

Disini juga anda boleh dapatkan pelbagai batik dan pakaian yang berunsurkan batik asli dengan harga yang amat berpatutan. Bagi anda yang meminati dengan batik atau ingin menambahkan lagi koleksi batik, bolehlah datang ke STR Batik Sdn Bhd atau anda juga boleh berurusan dengan pihak Sumai Hotel Apartment.

Pengalaman Manis Yang Sukar Dilupakan

Jadi inilah sedikit sebanyak destinasi-destinasi menarik yang ada di Kuala Terengganu. Kalau nak di ikutkan banyak lagi tempat menarik yang anda boleh pergi di Kuala Terengganu. Sepanjang lawatan kami ke Sumai Hotel Apartment Kuala Terengganu untuk tempoh 3 hari 2 malam ini meninggalkan pelbagai kenangan manis buat kami semua. Layanan yang baik diberikan oleh pihak Sumai Hotel Apartment kepada kami bertaraf VVIP hehe…

Pada yang belum pernah melawat ke tempat-tempat yang kami nyatakan diatas, boleh hubungi kami dan kami boleh uruskan perjalanan anda kesana dan segala urusan anda disana akan diurusan dengan lancar bersama Sumai Hotel Apartment. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, ambil peluang untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di negara kita sendiri iaitu Malaysia. Rugi kalau kita tak lawat tempat-tempat yang menarik di negara sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads