Rabu, 1 Januari 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Hotel Murah <b>Di Kuala Terengganu</b> | Farisya Anastasyia

Posted: 29 Dec 2013 03:23 PM PST


Assalamualaikum

Hotel Murah Di Kuala Terengganu-Alhamdulillah.Pada 21-23 Disember yang lalu FA dan 9 orang blogger yang lain telah dijemput untuk menginap di Sumai Hotel Apartment,Kuala Terengganu yang bertaraf 3 Bintang sambil memberikan pandangan/review mengenai hotel tersebut.Kini 'Percutian pendek' dengan 9 sahabat blogger yang lain telah berakhir.

Sekarang tiba masa untuk FA berkongsi dengan semua pembaca mengenai pengalaman FA di Sumai Hotel Apartment,Kuala Terengganu.Percutian kali ini disertai oleh 9 orang blogger yang lain lagi iaitu Hazanis Blogspot,Nabila Biela,FatinDiana,Nabila Medan,Budak Pacak,Farid Laham,Amirul Syahnaz,Jamian Sarif  dan Khayz Rie.

Sumai Hotel Apartment,Hotel Apartment Murah

Mula-mula menjejakkan kaki di Sumai Hotel Apartment ini,FA terfikir nama 'Sumai' ini diambil dari mana.Persoalan FA terjawab apabila diberi penerangan bahawa nama 'Sumai' tercipta hasil gabungan dua nama iaitu Sulaiman Mahyudin.Sulaiman Mahyudin merupakan anak jati negeri Terengganu dan berasal dari Kampung Losong,Kuala Terengganu.Hebat kan ?!First time FA dengar pengusaha hotel adalah orang Melayu kita sendiri.FA sangat kagum dengan Sulaiman Mahyudin ni.

susah nak jumpa pengusaha hotel  adalah orang melayu kita sendiri.

Untuk pengetahuan semua pembaca, Sumai Hotel Apartment ini terletak di pusat bandar Kuala Terengganu dan berhampiran pesisir pantai Batu Burok.Mula beroperasi pada Februari 2008.Perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga tidak jauh dan mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.Lokasi hotel yang strategik dengan pelbagai tempat menarik memudahkan para pengunjung untuk bergerak ke mana-mana tempat yang mereka hajati.Syok kan?Masa kitorang menginap di sana,jarak dari satu lokasi ke lokasi yang menarik tidak mengambil masa yang lama.Menjimatkan masa kitorang untuk berjalan ke lebih banyak tempat.Ni syok!Hehe.

Bilik Selesa,Pelanggan Gembira

Bila menginap di hotel,perkara utama yang kena perhatikan mestilah bilik kan?Kalau bilik sudah mampu menambat hati pengunjungnya,yang lain juga pasti tidak kurang hebatnya.Kan?Untuk percutian kali ini,kami ditempatkan di superior apartment yang mempunyai 4 buah bilik,2 buah bilik air ,ruang dapur ,ruang makan dan ruang tamu yang luas.First impression FA semasa mula-mula masuk ke bilik ni,memang teruja sangat!Ruang tamu yang luas dan cukup dengan kelengkapan asas seperti sofa,televisyen,meja makan dan seterika memang cukup sempurna untuk FA!Bab seterika tu penting sangat untuk perempuan yer..!Kalau tak,tak nak keluar bilik la kami.Hehe.Jom tengok gambar bilik FA menginap :)

STUDIO ROOM

1 Bilik Tidur+1 Bilik Air+Ruang Tamu+Writing Table

SUITE ROOM

1 Bilik tidur (2 Katil)+1 Bilik Air+Writing Table

STANDARD APARTMENT

2 Bilik Tidur+2 Bilik Air+Dapur+Ruang Makan+Balkoni

DELUXE APARTMENT

3 Bilik Tidur+2 Bilik Air+Dapur+Ruang Makan+Balkoni

SUPERIOR APARTMENT

4 Bilik Tidur+2 Bilik Air+Dapur+Ruang Tamu+Meja Makan

 

Amacam?Cantik kan bilik dan apartment yang tersedia di Sumai Hotel Apartment ni?Bagi FA,Sumai Hotel Apartment ni sesuai untuk semua jenis golongan dan umur memandangkan banyak kemudahan yang tersedia di sini.

Bagi mereka yang ingin bercuti dengan family di Kuala Terengganu,Sumai Hotel Apartment adalah penginapan yang terbaik yang patut anda pilih memandangkan anda boleh memilih mana-mana jenis apartmen yang tersedia dengan harga yang murah dan berpatutan.

Ooopps!Sila baca entri ini sampai habis kerana ada tawaran harga menarik bagi pembaca blog FA yang ingin menginap di Sumai Hotel Apartment!Menarik kan!

Kemudahan Di Sumai Hotel Apartment

Selain bilik,korang juga pastinya ingin meneliti setiap kemudahan yang terdapat di mana-mana hotel bukan?Jangan risau!Kerana di Sumai Hotel Apartment,semuanya tersedia dengan mudah untuk korang! :) Jom tengok kemudahan yang tersedia di Sumai Hotel Apartment.

WIFI-WIFI menjadi keutamaan yang perlu dan wajib bagi setiap pengunjung hotel.Tambahan pula zaman sekarang dah maju.Jadi semua orang memerlukan kemudahan internet.Di Sumai Hotel Apartment,anda tidak perlu risau lagi kerana kemudahan WIFI kini boleh di akses dengan mudah di segenap penjuru Sumai Hotel Apartment.

Jadi,asalkan korang duduk dekat bahagian parking pun,masih lagi boleh mengakses kemudahan WIFI mereka.Hebat kan?Hehehe.Eh,lupa nak bagitahu,kalau korang tak bawak laptop pun,korang boleh akses internet di bahagian lobi hotel dimana pihak hotel telah menyediakan 2 buah komputer untuk kemudahan pelanggan hotel.

blogger kalau tak ada internet memang terbantut la semua kerja…..

PARKING-Mungkin ramai pengunjung hotel yang datang bercuti menggunakan kenderaan sendiri.Dan faktor parking menjadi keutamaan bagi mereka.Parking yang luas dan banyak menjadi salah satu keutamaan bagi pelanggan Sumai Hotel Apartment.Jadi korang tidak perlu risau kalau sebut faktor parking ni.Dengan kawalan 24jam dari pengawal keselamatan yang bertugas dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ,kereta korang selamat.Hehe.Ni penting kan?Korang boleh bercuti tanpa bimbang mengenai keselamatan kereta.

SWIMMING POOL-Bila sebut swimming pool,yang paling syok,anak-anak je kan.Hehehe.Mak ayah bukan nak main sangat pun.Dengan persekitaran swimming pool yang selamat dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan,FA rasa korang tak nak keluar hotel dah.Cukup santai dalam hotel je kan?Hehe.Swimming pool di Sumai Hotel Apartment dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

SERVIS DRIVER-Servis ni patut digunakan oleh mereka yang datang bercuti dengan flight,bas atau mana-mana pengangkutan awam.Korang tak perlu risau dah kalau datang bercuti dengan flight atau bas.Boleh call atau inform pihak Sumai Hotel Apartment untuk pick-up korang di lapangan terbang atau stesen bas.Mudah je.

REST  N' GO-FA baru pertama kali jumpa hotel yang menyediakan kemudahan kerusi urut di hotel.Memang memberi manfaat dan banyak kebaikan kepada pengunjung.Penat-penat pergi berjalan,singgah duduk kejap atas kerusi tu.Tak perlu pergi tempat mengurut kat lain dah.Hehe.Sesuai untuk warga emas yang datang bercuti.

LAUNDRY SERVICES-Yang ni korang patut guna kalau korang menginap di Sumai Hotel Apartment untuk jangka masa seminggu ke atas.Baju-baju yang dah guna tu boleh dihantar ke Laundry Service yang disediakan oleh pihak hotel.Just call mereka dan mereka akan datang ke bilik untuk pick-up baju.

PROMOSI MENARIK UNTUK PEMBACA BLOG!

Seperti yang FA janjikan dan uar-uarkan di post FA di FB dan Instagram,ada pakej harga menarik untuk semua pembaca FA yang berhajat untuk bercuti di Sumai Hotel Apartment.Harga yang ditawarkan semestinya lebih murah dari harga asal di Sumai Hotel Apartment.Jadi korang pilihlah ye nak yang macam mana.Hehe..Jom tengok pakej harga untuk pembaca blog FA!

Macam mana nak booking bilik?Senang sahaja,korang hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah:

Jadi,jangan berlengah lagi!Booking cepat di Sumai Hotel Apartment dan pergilah bercuti!Segala-galanya ada di Malaysia! :)

 tak puas bercuti di Sumai Hotel Apartment hari tu.Moment yang tak dapat dilupakan ialah makanan sedap di Restoran Bintang Laut..Syokk..!Eh,tunggu next entri yer!

Sumai Hotel Apartment
Lot 4479 ,Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu,Terengganu
Tel:609-631 0099
Fax:609-631 2099/3099
Website:www.sumaihotel.com

1x1.trans Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Post By Farisya Anastasyia (351 Posts)

Farisya Anastasyia atau nama sebenar Nur Amni Insyirah Hussin merupakan seorang blogger separuh masa.Mula berkecimpung dalam dunia penulisan blog sejak awal Februari 2011.Gemar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan di media sosial dan para pembaca sesuai dengan tagline blog 'Ilmu Dikongsi Bersama'.Kenali penulis dengan lebih lanjut di ruangan Pena Seorang Blogger.

Website: → duniafarisya.com

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads