ads

Jumaat, 3 Januari 2014

13 di pulau bidong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Diari Trip ke <b>Pulau Bidong</b> dan Pulau Redang, Teren... - Dunia Kecil

Posted: 24 Mar 2013 10:29 PM PDT

Dari Jeti Merang, kami bertolak ke Pulau Bidong dengan menaiki kapal milik Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Alhamdulillah aku tak mabuk laut. Beberapa orang rakanku muntah-muntah akibat mabuk laut. 
Apabila sampai aku terus makan sebab lapar. Kemudian kami mendirikan khemah. Kami bermalam di Pulau Bidong.

27 Februari 2004
7.00 pagi
Dari Pulau Bidong, kami bertolak ke Pulau Redang dengan menaiki bot KUSTEM.
Dari kejauhan kelihatan Pulau Redang..
 Sampai je terus aku dan kawan-kawan baikku snap gambar di papan tanda ni..
 Kami snorkeling di sekitar Taman Laut Pulau Redang. Subhanallah, begitu cantik batu karang dan ikan kecil yang ada di sini..
 Kami semua memang bergambar sakan..
 Waktu tengahari kami bertolak pulang ke Pulau Bidong.
Kami bertolak balik. Rasa rindu nak datang sini lagi.. 
*********************************************************************************
Sedikit info tentang Pulau Bidong dan Pulau Redang:
1) Pulau Bidong
  • Terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan.
  • Pada 8 Ogos 1978, pulau ini dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama.
  • Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di sini sebelum diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. 
2) Pulau Redang
  • Terletak di perairan Laut China Selatan dan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk Taman Laut Kepulauan Redang serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. 
  • Ia merupakan salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Semenanjung Malaysia. 
  • Ianya boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Terengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. 
Sumber Info: http://ms.wikipedia.org

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved