ads

Selasa, 7 Januari 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Chicken Chop Sedap <b>Di Kuala Terengganu</b> | Farisya Anastasyia

Posted: 31 Dec 2013 09:10 AM PST


Assalamualaikum

Chicken Chop Sedap Di Kuala Terengganu-Sejak balik dari KL bulan lepas,mulut ni terliur nak makan Chicken Chop dekat Fiske Steak N' House dekat Taman Dato Keramat, Ampang tu.Kedai tu tiap-tiap hari penuh.Sampai kena berdiri nak tunggu turn meja kosong.Sapa pernah pergi makan kat situ tahu la.Kedai tu merupakan kedai sedap yang menjual Chicken Chop area KL ni.Sapa belum pernah pergi,bolehlah singgah lepas baca entri ni ek.

Hari ni,entri pertama Januari 2014.Permulaan untuk menjadi lebih baik.Jadi FA mulakan tahun 2014 dengan Chicken Chop.Hahaha..Azam tahun ni untuk blog nak jadi Beauty and Food Blogger yang berdedikasi..Haha..InsyaAllah doakan.Disebabkan FA kuat makan,maka harus sentiasa bercerita bab makan.Jadi lepas ni korang bersiap sedia lah kalau selalu nampak FA upload gambar makanan kat FB,Insta atau Blog.

Sebelum tu tengok gambar kat bawah ni dulu.

Apa yang sedap ek dengan Chicken Chop ni?Meh FA nak bagitahu.Chicken Chop yang sedap di area Kuala Terengganu ni korang boleh dapat di NR Seafood Village atau di NR Cafe.Dia ada dua cawangan dan kedua-duanya tak jauh pun.Jadi kalau NR Cafe penuh,ramai,korang pergilah NR Seafood Villlage pulak.

Chicken Chop dekat NR Cafe dan NR Seafood Village ni sedap dari segi kuah/sos dia.Memang menjilat jari..!!Sampaikan kawan FA tiap kali nak makan Chicken Chop,memang akan datang sini.Berbaloi dengan harga dia..Memang umphhh!!Serius FA cakap,kalau korang nak rasa Chicken Chop sedap area Kuala Terengganu,di sinilah tempatnya..Memang tidak mengecewakan..!Hehehe

Selain dari Chicken Chop,Nasi Goreng NR pun tak kurang hebatnya juga.Sedap dan memang cukup rasa beb!Hehehe.Kenyang sangat-sangat dapat satu pinggan.Ditambah pulak dengan udang,sotong dan ayam kat lauk dia..Memang cukup lengkap wehh!Haha.

Air Kelapa Biasa.Boleh tahan sedap.Tak manis sangat,tak tawar sangat.Secukup rasa.Nak order yang special,tapi dah boleh agak takkan habis minum,so tak order.

Banana Split.Dessert yang wajib FA order kalau time makan Western.By the way,Banana Split dia sedap sangat.Sebab tu tiap kali datang makan dekat NR Cafe atau NR Seafood Village ni , FA mesti akan order Banana Split yang sedap ni.

Rekaan dalaman kedai NR Cafe dan NR Seafood Village ni memang antik sikit.Tenang je kalau korang nak datang makan sini sambil dtemani halwa telinga yang mengasyikkan sebab owner kedai ni akan pasang ayat-ayat Al-Quran masa korang makan.Suasana kat sini memang romantik dan sesuai untuk yang berhajat nak buat candle light dinner bagai.Haha. *muntah hijau*

Tapi kalau korang datang sini,korang memang dan wajib cuba Chicken Chop dia sebab Chicken Chop ni memang sedap giler kat area Kuala Terengganu ni.Memang kalau order satu,memang tak cukup.Haha..Balik rumah mengidam nak lagi.Jangan lupa cuba taw kalau datang Terengganu.Hehe.

Selamat Mencuba!

NR CAFE
Lot 34354,Tok Jembal
Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia
Tel :+609-6660645

NR SEAFOOD VILLAGE
Lot 9433,Jalan Pantai Kg. Pengkalan Maras
21020 Kuala Terengganu
Tel : 09-6693166

Email : nazminrcafe@gmail.com

1x1.trans Chicken Chop Sedap Di Kuala Terengganu

Post By Farisya Anastasyia (355 Posts)

Farisya Anastasyia atau nama sebenar Nur Amni Insyirah Hussin merupakan seorang blogger separuh masa.Mula berkecimpung dalam dunia penulisan blog sejak awal Februari 2011.Gemar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan di media sosial dan para pembaca sesuai dengan tagline blog 'Ilmu Dikongsi Bersama'.Kenali penulis dengan lebih lanjut di ruangan Pena Seorang Blogger.

Website: → duniafarisya.com

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved