Rabu, 29 Januari 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Projek Bekalan Air Baharu Akan Dilaksanakan <b>Di Kemaman</b>

Posted: 04 Jan 2014 10:52 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Projek Bekalan Air Baharu Akan Dilaksanakan Di Kemaman

KEMAMAN, 4 Jan – Satu sistem agihan baharu bekalan air akan dilaksanakan dengan menakung bekalan di daerah Kemaman bagi mengelakkan masalah air tidak mencukupi di daerah itu menjelang tahun 2020.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya mengambil langkah awal memandangkan pertumbuhan pesat industri di kawasan berkenaan.

ahmad-said-mb-menteri-besar-terengganu-umno-bn

"Untuk permulaan, kita akan sambung bekalan air dari kawasan Perindustrian Kerteh ke kawasan Perindustrian Teluk Kalong melibatkan bekalan dari loji petronas di Dungun dengan kos pemasangan paip sebanyak RM50 juta dan akan dilaksanakan pada tahun ini.

"Dari segi jangka masa panjang, bila beberapa lagi kilang besar akan dibina kita menjangkakan bekalan air di daerah ini tidak mencukupi sebab kita tahu bahawa pembangunan di Kemaman yang melibatkan kawasan industri dan perumahan bagaikan cendawan tumbuh.

"Untuk itu kita terpaksa mengadakan satu sistem agihan baru untuk menakung air dan ia melibatkan kos RM400 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, seorang perunding telah dilantik untuk membuat kajian terperinci mengenai projek tersebut.

Sementara itu di Kemaman,Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan set kelengkapan persekolahan kepada 1,300 murid daripada 78 sekolah di enam negeri membabitkan peruntukan RM300,000 sempena program 'Kembali ke Sekolah'.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata sumbangan yang merupakan wang agihan semula zakat perniagaan TNB itu diberikan kepada golongan asnaf yang layak berusia tujuh hingga 12 tahun bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar.

"Program ini merupakan satu daripada inisiatif tanggungjawab korporat TNB dalam bidang pendidikan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan kurang berkemampuan di dalam menyediakan persiapan persekolahan.

"Setiap pelajar menerima dua pasang pakaian sekolah, sepasang kasut dan stokin, sebuah beg sekolah dan peralatan alat tulis yang bernilai RM250 setiap seorang," katanya dalam sidang media sempena program itu di Dewan Sivik Kijal di sini.

Sebanyak 200 pelajar dari 14 sekolah di daerah Kemaman menerima sumbangan itu yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Mohd Aminuddin berkata program yang sama turut diadakan di lima negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Kelantan melibatkan 1,100 penerima daripada 64 sekolah.-MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 5 January 2014 2:52 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads