ads

Jumaat, 10 Januari 2014

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Kira-kira 7000 buku perpustakaan musnah akibat banjir <b>di Kemaman</b>

Posted: 02 Jan 2014 03:02 PM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 7,000 naskhah buku di Perpustakaan Desa Kampung Paya Berenjut, Kemaman musnah akibat banjir awal Disember lepas.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Raslin Abu Bakar berkata perpustakaan desa itu telah dinaiki air se-hingga 2.5 meter.

"Kami (PNM) sedang dalam proses untuk menggantikan kesemua buku yang telah musnah.

"Buat masa sekarang, PNM mengambil beberapa pendekatan termasuk meminta perpustakaan negeri (Terengganu) meminjamkan buku ke perpustakaan desa tersebut bagi mengisi kekosongan bahan bacaan di sana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Raslin berkata selain kemusnahan buku, kejadian banjir itu juga turut mengakibatkan kerosakan peralatan seperti kerusi, meja dan beberapa peralatan lain di perpustakaan desa berkenaan yang melibatkan kerugian kira-kira RM21,000.

Bagaimanapun, Raslin berkata pihaknya akan membaiki kerosakan itu secepat mungkin bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada setiap pengunjung yang ingin mendapatkan sumber rujukan di perpustakaan desa tersebut.

"Setiap tahun kami (PNM) akan menghantar pekeliling kepada pengurusan perpustakaan desa di setiap negeri berisiko banjir untuk bersedia dan memastikan setiap bahan bacaan dipindahkan di tempat selamat sebelum berlaku banjir.

"Pada tahun ini, pekeli-ling telah dihantar pada awal November lepas, dan boleh dikatakan semua perpustakaan desa telah berbuat demikian bagi mengurangkan kerosakan, namun, banjir pada tahun lalu itu adalah di luar jangka," katanya.

Menurutnya, Perpustakaan Desa Kampung Paya Berenjut hanya satu-satunya daripada 39 perpustakaan desa di Terengganu yang terjejas akibat banjir. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved