Khamis, 16 Januari 2014

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


TV9 - 500 Kubur <b>Di Hulu Terengganu</b> Ghaib

Posted: 12 Jan 2014 04:41 AM PST

12 Jan 2014, 08:41pm by Syuhada Rais


Lebih 500 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Imam Lapar, Di Hulu Terengganu, Terengganu ghaib ditelan arus Sungai Telemong berhampiran.

Puluhan lagi menunggu masa menerima nasib sama.

Itulah igauan penduduk setiap kali musim tengkujuh datang atau apabila hujan lebat melanda kampung mereka.

Berusia 100 tahun, Tanah Perkuburan Islam Kampung Imam Lapar ini seluas 1.21 hektar.

Masalah hakisan di tanah perkuburan islam di  Hulu Terengganu ini berlaku sejak 10 tahun lalu.

Kata penduduk ia menjadi semakin serius sejak tiga tahun lalu.

Ia ekoran arus sungai telemong  berhampiran semakin deras. Sekaligus menyebabkan hakisan.

Ekoran itu, kerajaan neger diminta segera bertindak sebelum semua kubur hilang dihanyutkan air sungai.

Sementara itu, ADUN Telemong, Rozi Mamat  berkata kerajaan negeri sedang mencari  tapak baru untuk memindahkan kubur kubur berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads